KISAH SEORANG AYAH TEGUR ANAKNYA TAK BERHIJAB

on Monday, 9 February 2015



Seorang gadis membeli iPhone 6 yang baru. Dia juga membeli 'screen protector' dan juga 'casing' untuk iPhone barunya itu. Pulang ke rumah, dia tunjukkan smartphone baru itu ke#pada ayahnya dan perbualannya seperti di bawah:

Ayah: Cantik telefon. Berapa harga along beli?

Anak: RM2,399 je ayah. RM80 untuk ca#sing dan RM50 untuk screen protector.

Ayah: Kenapa beli screen protector dan casing sedangkan along boleh jimat RM130?

Anak: Ayah! Apa gunanya beli iPhone 6 yang berharga RM2,399 tapi tak belanjakan RM130 untuk protect iPhone along dari terjatuh ke, calar ke? Lagipun, casing ni buat iPhone along nam#pak lebih cantik.

Ayah: Bukan nak perli company Apple, tetapi bukan ke telefon tu dah cukup selamat?




Anak: Tak ayah! Lagipun, diorang (Apple) sendiri yang sarankan pengguna untuk gunakan screen protector dan casi#ng untuk keselamatan iPhone. Along tak nak iPhone 6 ni rosak nanti.

Ayah: Tak ke iPhone tu nampak buruk?

Anak: Langsung tak. Benda-benda ni menjad#ikan iPhone along nampak lebih cantik.

Lelaki itu memandang anak gadisnya dengan senyuman kasih sayang dan berkata,

"Along...  pastinya along tahu yang ayah sangat sayangkan along. Along sanggup bayar RM2,399 untuk beli iPhone 6 dan b#elanjakan RM130 untuk keselamatan iPhone tu.

"Ayah 'bayar' seluruh hidup ayah untuk along tetapi apa gunakan jika along tak berhijab untuk keselamatan along sendiri?

"iPhone ini tidak akan dipersoalkan di akhirat #kelak tetapi along dan ayah yang akan dipersoalkan," kata ayahnya dengan nada yang sayu..

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved