yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 9 February 2015

Kenapa harga tiket kapal terbang mahal?

Ramai yang merungut mengapa harga tiket u#ntuk menaiki kapal terbang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Kadang-kadang disebabkan harga itu, para pengembara terpaksa mengumpul wang berbulan-bulan atau memantau harga diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Pun begitu untuk mengembara ke luar negara, p#asti perbelanjaan tiket mencecah lima angka.

Itu belum lagi jika menempah tempat duduk di kelas pertama yang kemudahannya memang amat selesa sekali terutama untuk penerbangan jarak jauh. Harga tiket tidak akan dipersoalkan jika para penumpang tahu nilai sebenar pesawat-pesawat yang dinaiki mereka, rata-ratanya bernilai lebih setengah bilion dolar.




Airbus, syarikat peneraju pembuatan pesawat penum#pang dunia memberitahu telah menaikkan harga pesawat sebanyak 2.6 peratus mengikut formula peningkatan standard Airbus sejak Januari 2013 untuk tempoh Januari 2014.

Pesawat Airbus menawarkan kapasiti daripada 100 hingga lebih 500 tempat duduk. Airbus telah menjual hampir 14,000 buah pesawat kepada 360 pelanggan di seluruh dunia.

Menurut angka terbaru yang didedahkan oleh Airbus, pesa#wat paling mahal A380 ditawarkan pada harga AS$549 juta (RM1.976 bilion), diikuti A350-1000 pula AS$452,000 (RM1.62 bilion).

Harga pesawat paling murah model A318 dan ia kurang popular. Di bawah ini tertera senarai harga pesawat mengikut kategori.




Model A380 adalah pesawat yang paling mahal daripada Airbus.



Pesawat satu lorong yang mendapat banyak permintaan daripada syarikat-syarikat penerbangan.



A318 pesawat paling murah dan kurang popular.



Model A350-900 pesawat genarasi baru yang menawarkan lebih 300 tempat duduk

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment