yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 27 February 2015

KISAH SAYU SEORANG LELAKI YANG TIDAK SEMPAT BERTEMU JODOH



Cerita yang aku ingat-ingat lupa. Makin samar dalam ingatan. Sebelum ianya pudar, aku core#tkan di sini.

Malam itu aku menumpang di asrama. Bilik kawanku.

Aku di tahun dua pengajianku. Hari itu ada event di kampus. Aku kena bermalam di sana.

Dah hampir tengah malam. Kawan kata dia nak keluar. Nak uruskan booth. Tinggal aku berseorangan dalam bilik asrama.

Pintu bilik diketu#k orang. Beri salam. Aku membuka pintu. Seorang lelaki. Abang senior tahun akhir. Aku tak kenal dia. Tapi, pernah nampak mukanya di kampus. Dia hulurkan tangan, salam. Peramah orangnya. Senyuman manis. Muka bersih.

Dia duduk di hadapanku. Memulakan perbualan. Memperkenalkan dirinya. Tak sedar, dah setengah jam berlalu. Kami borak seperti dah lama kenal.

"Dah berpunya ke?"

Dia bertanya. Aku sengih saja. Seraya bertanya kembali,

"Bang dah ke?"

Dia tergelak kecil.

"Saya dah bertunang. Minggu depan nikah. Insya-Allah."





Aku senyum sama. Sambil mengajukan soalan bodoh,

"Best tak ada tunang?"

Dia senyum lama.

"Alhamdulillah. Allah bagi rasa nikmat ini. Rezeki dapat bertunang awal. Waktu abang dalam waktu susah dan senang, cik t#unang ada bersama walaupun sekadar perkataan dan kata-kata semangat."

Aku bersandar di tiang katil.

"Untunglah dia ada tunang dah."

Dia menggelengkan kepala.

"Bertunang, dalam kebahagiaan ada dugaan besar. Kadang-kadang, kita akan rasa, dia ada kurang di mana-mana. Orang lain dirasakan lebih. Perempuan lain nampak lebih cantik. Kekadang, rasa tak boleh teruskan. Ra#sa tak sedia lagi. Rasa tak boleh bawa tanggungjawab.

Yang lebih teruk lagi, ada hasutan-hasutan halus ke dalam hati supaya tidak percayakan dia. Supaya tidak setia. Supaya buat onar, curang di belakang tunang sendiri.

Begitu juga dia. Tambah-tambah lagi di#a ada rupa. Ada yang mengurat makin rancak, makin bergelar tunangan orang, makin rasa nak cuba dapatkan. Makin susah nak dapat, makin geram nak. Mereka nak challenge diri. Ingat hubungan pertunangan orang ini suatu permainan agaknya.

Dari sudut keluarga pula, pasti ada bisik-bisik dari belah keluarga tentang diri pasangan. Makin lama tempoh bertunang, makin ada ketirisan yang nampak di mata keluarga. Syaitan memainkan peranan dengan sangat hebat. Menerapkan rasa benci dan iri hati. Rasa kelabu di mata.

Tanpa kepercayaan, iman, dan kasih yang kuat, pastinya hubungan ini akan terlerai dengan mudah."

Aku termangu dengar kata-katanya.

"Apa perasaan abang sekarang, esok lusa dah nak jadi suami orang?"

Dia senyum lagi.

"Saya dah dapat segalanya yang saya doakan. Saya doa nak hidup dengan dia. Allah dah tunaikan dengan jadikannya tunangan saya. Malah, kami bakal jadi suami isteri yang sah. Berapa lama saya kena sabar untuk sa#mpai ke tahap ini? Dah lama. Dah bermacam dugaan saya tempuhi. Sikit saja lagi. Sikit hari lagi dah.

Sungguh, dalam hati rasa sangat bersyukur pada Allah. Alhamdulillah. Rasa nak menangis pun ada bila Allah sebenarnya dengar do#a kita. Kita saja rasa Allah tak peduli. Sedangkan setiap cebis doa yang kita rasakan remeh-temeh, bagi Allah tidak sama dengan pandangan kita. Mungkin doa itu jadi sepenting-penting doa. Mungkin juga doa itu akan dipertimbangkan dan diberikan ganti yang lebih baik. Kita berdoa sambil lewa. Tadah tangan pun dengan malas sampai biarkan saja tangan yang menadah, berada di kepala lutut tanda tersangat malas.

Cuba tunjukkan kesungguhan. Tundukkan kepala, keluarkan air mata, tadah tangan tepat separa dada tuju ke hati. Doa sungguh-su#ngguh biar bergetar menggigil seluruh badan. Biar sampai terisak-isak tersedu-sedan. Insya-Allah. Doa yang dilantukan tidak akan Allah pulangkan dengan kosong. Dia akan makbulkan dengan kemahuan dan kehendak-Nya sendiri. Dengan cara-Nya sendiri yang penuh hikmah."

Aku melihat ke dalam matanya. Nampak berkaca-kaca. Mungkin benar dia dah melalui pelbagai dugaan untuk sampai ke aras ini. Gerun pula rasanya tempoh bertunang.

Dia menyambung kata,

"Abang happy. Allah berikan abang ber#temu seindah-indah wanita di mata abang. Sejuk di mata dan di hati. Sayang dalam hati ini terasa tulus. Tak pernah rasa begini sebelumnya. Nikmat Ilahi, masya-Allah.

Doakan ya moga nikah kami lancar minggu depan. Amin."

Tutur katanya tenang. Boleh lihat riak wajahnya gembira. Siapa yang tidak gembira esok lusa nak jadi pengantin?

Tidak lama, dia meminta diri pulang. Kebetulan, kawan asrama pun dah balik ke bilik. Sempat bertemu mata sekejap.

Lewat petang keesokan harinya, kawan bilik asrama datang menemuiku.

"Kau tahu tak, abang yang datang jumpa kau malam tu, dah tak ada. Dah meninggal dunia. Kemalangan motor dengan sebuah lori. Tu#nang dia pengsan bila dapat khabar dukacita tu. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Aku kaget. Terkejut. Macam tak percaya.

Allahummaghfirlahu war hamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.

Mungkin aku jadi orang yang terakhir berbicara panjang dengannya. Allahurabbi.

"Dah nak nikah esok lusa...."

Sebak sendiri. Benarlah kata-katanya malam itu, Allah makbulkan doa dengan cara-Nya sendiri.

Manusia cuma mampu merancang. Merasakan impiannya dah berada dalam genggaman. Merasa doa telah dimakbulkan ikut permintaan. Ah. Terlalu awal.

Dia Maha Menentukan;

Genggam erat pun terlepas.

Simpul mati pun terlerai.

Nyawa dan jasad pun terpisah.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment