yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 5 February 2015

BUDAK PEREMPUAN MAUT DISERANG PIRANHA, KEDUA KAKI TINGGAL TULANG



Brazil – Cuti yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa gembira bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak perem#puan berusia enam tahun diserang ikan piranha sehingga meninggal dunia.

Difahamkan, semasa kejadian itu, mangsa bersama dengan neneknya serta kanak-kanak yang lain sedang bergembira di dalam kanu. Namun, secara tiba-tiba kanu itu tenggelam.




Menurut nenek mangsa, selepas terjatuh ke #dalam sungai, dia cuba menyelamatkan cucunya. Malangnya mangsa terlepas dari pegangannya ketika keadaan kelam kabut.

Nenek mangsa cuba mendapatkan bantuan dari penduduk setempat. Sekembalinya ke sungai berkenaan, mangsa sudah tidak kelihatan.

Tidak berapa lama kemudian, mangsa ditemui d#an diangkat ke bahagian darat. Alangkah terkejutnya mereka, kedua-dua kaki mangsa hanya tinggal tulang akibat dimakan oleh ikan piranha.

Polis menyifatkan ia sebagai kemalangan tragis.

Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment