yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 5 February 2015

HARAM MAKAN ULAT SAGU - MUFTI SARAWAK



KUCHING - Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) mengumumkan secara rasmi bahawa ulat sagu atau lebih diken#ali sebagai ulat mulong di kalangan masyarakat Sarawak adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Mufti Negeri Sarawak, Datuk Kipli Yassin menasihatkan dan menegah umat Islam di negeri itu memakan ulat sagu itu dan mengetahui perkara berkaitan keputusan fatwa itu agar tidak terkeliru lagi di masa akan datang.

Selain itu, beliau juga menegah u#mat Islam di negeri itu mengambil bahagian dalam acara ritual 'miring dan kaul.

“Bagi umat Islam, mereka tidak boleh menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia ada melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.




“Maksudnya di sini, orang bukan Isla#m tetap boleh meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, tiada masalah bagi umat Islam menghadiri upacara tersebut. Tetapi dilarang untuk memuja hantu dan melakukan sebarang bentuk pemujaan.

Mengulas mengenai ulat sagu, keputusan fa#twa yang melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat. Ulat sagu telah ditetapkan sebagai sejenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

"Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kita tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” jelasnya.

Namun begitu, berbeza dengan ulat mulong, keju#mah (temilok) boleh dimakan, jelasnya.

“Satu lagi ramai yang masyarakat tidak tahu ialah keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam kerana kita telah mengkaji ia bukan hidupan dua alam.

“Salah satu syarat makanan haram ialah kita tidak b#oleh memakan binatang dua alam dan ia tiada najis dan sebagainya. Hukumnya ‘harus’ dimakan,” tambah Kipli.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment