KUALA LUMPUR - Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.
Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.
Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.
Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.
Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.
Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.
Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
DUN Johol sapo calon eh?
ReplyDelete*admin jgn lupa masuk an link blog den dlm bloglist yo tq
www.phat.my