yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 3 April 2013

Batu Nisan paling tinggi

TAMPIN – Makin hari makin tinggi, itu kelebihan Megalith Datuk Nisan Tinggi di Kampung Repah, di sini, apabila kini mencatat  ketinggian lebih 3.6 meter iaitu dua kali ketinggian normal manusia dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Repah, Ahmad Hasan berkata, kawasan berkenaan dipercayai menempatkan kira-kira 12 kubur lama dan salah satu daripada kubur berkenaan yang memiliki batu nisan paling tinggi menempatkan peneroka pertama kampung berkenaan.



Bagaimanapun menurutnya, sehingga ke hari ini, pihaknya masih gagal lagi menemui nama peneroka asal kampung berkenaan dan berharap sekiranya terdapat mana-mana individu atau agensi yang mempunyai maklumat sejarah berkenaan lokasi berkenaan dapat berkongsi dengan pihak JKKK.

“Lokasi ini memang sudah lama wujud dan kira-kira lapan tahun lalu, terdapat agensi kerajaan yang datang ke sini bagi memulihara kawasan ini dan memasang besi di bahagian batu yang hampir patah susulan batu nisan ini yang semakin hari semakin tinggi.




“Jika dilihat maklumat yang dipaparkan di sebelah batu berkenaan dinyatakan ia merupakan antara kawasan megalith tertinggi. Ia juga kelebihan buat perkampungan itu untuk dikongsi dengan masyarakat luar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi berkenaan,  petang kelmarin.

Sementara itu, Hasan berkata, buat masa ini, dia hanya mendapat maklumat mengenai lokasi berkenaan daripada Allahyarham Abu Bakar yang pernah memegang jawatan sebagai Datuk Nisan Tinggi.

Menurutnya, Allahyarham yang dilahirkan sekitar 1930an mendakwa sebelum kelahirannya lagi lokasi berkenaan sudah wujud dan batu berkenaan juga merupakan yang tertinggi berbanding batu lain yang terdapat di lokasi yang sama.

“Jika diikutkan, di perkampungan ini terdapat kira-kira enam lokasi menempatkan kubur lama dan menggunakan batu sungai di mana ada yang terdapat tiga kubur lama di kawasan rumah orang, " katanya.

Sumber                                                  

Share:

0 comments:

Post a Comment