yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday, 6 April 2013

Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) 2013



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        
Majlis pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) 2013 untuk PRU 13 akan berlansung pada malam ini 6 April 2013. Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan manifesto BN di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Pelancaran manifesto BN yang akan turut disertai puluhan ribu ahli serta pemimpin parti komponen pelbagai peringkat adalah ikrar janji kerajaan kepada rakyat.



Tarikh Dan Masa Pelancaran Manifesto BN

Tarikh: 6 April 2013 (Sabtu)

Masa: Jam 8.00 Malam

Lokasi: Stadium Tertutup Bukit Jalil

Siaran Langsung: RTM1

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, manifesto BN kali ini pastinya mengandungi penerusan serta penambahbaikan dasar sedia ada bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan negara menerusi pelbagai program transformasi dan bantuan untuk meringankan beban rakyat tanpa mengira kaum menerusi pelbagai inisiatif 1Malaysia.



Manifesto BN itu juga pastinya menggariskan usaha bagi memenuhi keperluan rakyat seperti perumahan, kemudahan awam, kesihatan dan pendidikan. Beberapa inisiatif baru bagi mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara juga dijangka terkandung dalam manifesto itu.

Sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment