yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday, 6 April 2013

Chong Wei diaib pemain ranking 196

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila kalah mengejut kepada bintang muda China, Tian Houwei pada separuh akhir Terbuka Australia di Sydney, hari ini.

Chong Wei, 30, pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, gagal mengekang kelincahan pemain berusia 20 tahun itu apabila  tunduk 19-21, 21-17, 18-21 dalam pertarungan selama 81 minit.



Ini merupakan pertemuan pertama Chong Wei dengan Tian Houwei, bekas juara remaja dunia 2009, yang memiliki ranking ke-196  dunia.

Tian Houwei akan beraksi di pentas final esok dengan menentang rakan senegara Xue Song yang sebelum itu mengalahkan pemain  Indonesia Alamsyah Yunus, 21-10, 18-21, 21-15.




Cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas beregu lelaki nombor 16 dunia, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan  Mohd Tazari turut mengalami nasib sama dengan Chong Wei.

Beregu negara itu gagal melangkah ke final apabila dengan mudah dikalahkan oleh pasangan Indonesia Mohammad Ahsan/Hendra  Setiawan, 21-18, 21-18 dalam masa 27 minit.

Gandingan Indonesia itu bakal bertemu beregu senegara Angga Pratama/ Ryan Agung Saputra pada perlawanan akhir esok.      Angga Pratama/Ryan Agung mengisi slot final selepas mengalahkan beregu Korea selatan, Dae Eun Kim/Baek Choel Shin 21-9,  21-14 dalam masa 26 minit pada satu lagi saingan separuh akhir.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment