yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 11 April 2013

Jangan Pertikai Penyanyi Aishah Bertanding Di Jempol - Mat Sabu


BAHAU: Pemilihan penyanyi Aishah sebagai calon Ahli Parlimen Jempol bagi mewakili PAS tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah dipersetujui oleh Majlis Syura parti itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya menganggap keputusan itu sebagai tepat selepas merasakan penyanyi itu layak untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Kita telah berbincang dan kita nak Aishah bertanding dan tempat yang sesuai untuknya adalah di Jempol.



"Lagi pun rumah keluarganya terletak kira-kira seratus meter dari sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan calon Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) di Muassasah Darul Syarif, Kampung Gajah Mati, Jalan Batu Kikir di sini malam Rabu.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan PAS negeri.

Terdahulu pemilihan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, dikatakan tidak disenangi pucuk pimpinan PAS negeri apabila nama Ketua Pemuda PAS Jempol, Mohd Fairuz Mohd Isa sebelum ini telah diumumkan sebagai calon kerusi berkenaan.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, pemilihan Aishah itu dipersetujui selepas melihat kepada latar belakangnya selain dia turut dibesarkan dalam keluarga alim ulamak.




Dalam pada itu katanya, PAS juga melihat penyanyi lagu Janji Manismu itu mempunyai pengaruh yang dapat menarik perhatian orang awam.

Sementara itu Mohd Fairuz dalam ucapannya berharap tidak wujud sebarang spekulasi berhubung namanya yang tidak dicalonkan untuk kerusi berkenaan.

Dia sebaliknya berkata akan memberi sokongan padu kepada Aishah serta sanggup menjalinkan kerjasama untuk membantunya berkempen.

"Saya sokong penuh Aishah sebagai calon Jempol dan ini adalah calon terbaik pilihan PAS pusat," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

3 comments:

  1. carilah calon yg betul2 layak untuk memimpin sesuatu tempat tu, carilah yg beilmu tinggi,ni baru setahun jagung mna kelayakan sebenarnya, kalau nak tgk dr segi background keluarga..yg alim ulamak keluarga dia bkn aishah..sbb dulu aishah tu sapa..semua org kenal penyanyi aishah tu..cuma baru2 ni jer berhijrah kearah kebaikan itu jerr..erm..ntah lah..

    ReplyDelete
  2. tgk skrngla...orng berhijrh jdi baik bguslah....ssah klau kite nk brbh jdi baik...x pe truskan je..usah peduli kate orng...''setan''selau menghsut manusia..

    ReplyDelete
  3. Ada degree sains politik tu kira tak layak lagi ke?

    ReplyDelete