yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 11 April 2013

Himpunan orang muda


SEREMBAN – Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 akan diadakan secara serentak di Stadium Mini Klawang di Jelebu dan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dekat sini bermula esok.

Karnival selama tiga hari anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Astro itu bertujuan mempromosi aktiviti sihat dalam kalangan belia selain membuka ruang untuk golongan itu menyuarakan aspirasi dan kehendak mereka.



Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, pihaknya telah merancang dengan teliti setiap aktiviti pada karnival itu supaya ia dapat memberi impak kepada golongan belia di dua lokasi berkenaan.




Katanya, setiap acara mempunyai pengisian tersendiri dan bukannya berbentuk hiburan semata-mata sekali gus mampu melahirkan golongan belia yang lebih berdaya maju dan sihat.

“Sebagai contoh, kita akan mengadakan aktiviti keagamaan seperti Motivasi Perdana oleh Imam Muda, persembahan nasyid dan qasidah serta solat hajat untuk wira Lahad Datu.

“Ini menunjukkan penganjuran karnival tersebut bertujuan menerap nilai-nilai murni dan akhlak yang baik kepada belia selain menanam semangat sayangkan negara dan menghargai perjuangan wira negara,” katanya di sini semalam.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment