Pilihan raya umum kali ini, kedua belah yakni Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat banyak menggunakan buluh untuk menaikkan bendera parti masing-masing.
Sebetul cakap, hari pertama penulis melihat buluh diletakan di tepi-tepi jalan, hati penulis memang rasa tak sedap.
Hari kedua masa penulis memandu, sudah mula dapat dilihat buluh-buluh yang mengikat bendera parti mulai condong menghala ke arah jalan raya.
Senario itu agak nyata terutama selepas hujan lebat.
Disebabkan tiupan angin yang kuat, buluh-buluh yang digunakan untuk mengikat bendera parti akan condong ke arah jalan dan keadaan berkenaan nyata membahayakan pengguna jalan raya.
Penulis selau terbayang silap hari ada buluh itu yang akan tembus leher penunggang motosikal atau silap hari tertusuk masuk ke dalam kereta melalui cermin depan.
Dah semalam, apa yang pernah terlintas di pemikiran penulis, menjadi kenyataan di Pulau Tioman, Pahang.
Seorang pemuda, Sofian Iskandar Suharto, 27, maut kerana tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.
(Klik Maut Tersusuk Buluh Bendera Parti untuk membaca kejadian itu.)
Walaupun isteri Allahyarham berkata dia redha dengan apa yang berlaku, namun itu bukan bermakna kita semua perlu menutup mata.
Penggunaan buluh untuk menaikkan bendera parti adalah merbahaya. Diikat seku
at mana pun, ia akan mula condong ke bawah.
Persoalannya, apakah kita mahu melihat lebih banyak lagi kecederaan dan kematian selepas ini?
Takkan kita asyik hanya nak redha sahaja sedangkan kita dikurniakan Allah SWT akal fikiran untuk melakukan perkara yang betul.
Dan yang betul itu adalah berhenti menggunakan buluh.
Buluh sebenarnya adalah senjata untuk membunuh musuh dalam perang dahulu kala. Kalau benda seperti itu tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi sesuatu yang merbahaya.
Itu belum lagi mengambil kira jumlah buluh yang dipotong untuk menaikkan bendera parti-parti politik. Kalau tunggu bermula hari penamaan calon, silap hari mahu pupus terus buluh di hutan-hutan kita selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Apa pun, penulis ingin mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengharamkan segera penggunaan buluh untuk mengikat bendera parti.
Jika tidak, menjelang tamatnya PRU-13, ada kemungkinan lebih ramai lagi insan-insan yang tidak bersalah menemui maut.
Kepada parti-parti politik, fikirlah cara-cara lain untuk menaikkan bendera dan poster parti masing-masing.
Rencana ini ditulis untuk kebaikkan semua orang tanpa memihak kepada mana-mana parti.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment