yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday, 7 April 2013

Gangguan Bekalan Air Di 5 Daerah Di N.Sembilan

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air dan pemasangan injap.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air mulai 10 pagi hingga 8 pagi keesokannya (10 April) di Rembau melibatkan Simpang Linggi, Dusun Sri Alam, Exevalley Orchid Park, Kampung (Kg) Delima, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Jalan (Jln) Bunga Raya, Kg. Datuk Keramat, Sekolah SAINS, Desa Permai Kundur, MLK Estet, Kg. Pelabar Luar, Kg. Pelabar Dalam, Jln. Masjid Lama, Kg. Sg. Semerah Padi dan Jln. Kasturi.



“Turut terlibat ialah Jln. Perigi Jerneh, Jln. Balai Panjang, Kg. Pengkalan Durian, Ladang Bukit Bertam, Kg. Bukit Bertam, Kg. Sungai (Sg) Radin, Kg. Sg. Timun Dalam, Kg. Sg. Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1 & 2, Dataran Lubuk Cina, Kg. Semin, Kg. Dato Shahbandar, Panchang 1-8, Kg. Haji Sulaiman, Kg. Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Pasar Lubuk Cina, Jln. Tok Bidan, Jln. Harimau Terjun, Jln. Paya Mengantuk, Kg. Titian Bintangor, Jln. Mesin Kelompok, PLK NTitian Bintangor, Jln. Limau Kambing, Kg. Nerambai dan Kg. Titian Akar,” katanya di sini, Ahad.

Katanya di Port Dickson pula kawasan yang terlibat ialah Pengkalan Durian (Rumah Rakyat 1&2), Taman (Tmn) Linggi, Kg. Linggi, Pengkalan Kempas, Permatang Pasir (Rumah Rakyat Permatang Pasir, Sua Manggis), Tarzan Estate, Bukit Kuau, Tanjung Agas, Pekan Pasir Panjang, Sg. Raya, Bukit Kepong, Batu 18,19,20,21,22 Pengkalan Kempas, Batu 16 sehingga Batu 12 Jln. Pantai, Telok Pelanduk, Tmn. Politeknik, Tmn. Intan Perdana 1, 2 & 3, Bukit Perdana, Tmn. Anika, Blue Lagoon, Telok Kemang, Bandar Sunggala, Escort dan Batu 12 sehingga Batu 4 Jln. Pantai.

Azlan berkata di Tampin, gangguan bekalan air mulai 8 pagi hingga 12 malam melibatkan Felda Sg. Kelamah 1 hingga 3, Kg. Sg. Dua, Kg. Tenai, Maju Ternak, Kg. Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg. Londah. Kg. Ladang, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Taman Halacara Baru dan Ladang Tabong Haji Kg. Londah, manakala di Jempol melibatkan seluruh kawasan Pekan Bahau, Rompin dan Serting.




Sementara itu, beliau berkata di Kuala Pilah gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-12 malam) melibatkan Tanjung Ipoh, Kg. Merual, Kg. Seri Menanti, Kg. Mertang, Kg. Pulau, Kg. Sikai, Kg. Gunung Pasir, Kg. Tengah Ulu, Kg. Taman Pemarak, Kg. Tengah, Kg. Bukit Perah, Kg. Gamin, Kg. Seberang Pekan, Kg. Bemban, Kg. Senaling, Kg. Batu 1 Jln. Tampin, Kg. Seri Pilah, Kg. Batang Pilah, Kg. Cheriau dan Tmn. Bahagia Delima.

Selain itu, Kg. Gachong, Kg. Batu 46, Kg. Pilah Tengah, Kg. Tanah Melintang, Tmn. Bukit Intan, Kg. Bukit, Kg. Bukit Temensu, Tmn. Selasih, Tmn. Desa Aman, Tmn. Desa Melang, Tmn. Mutiara Impian, Tmn. Nesa, Kg. Gemencheh Ulu, Kg. Tangkoh/Sikota, Kg. Air Mawang, Kg. Eyor, Kg. Renggoh, Kg. Nuri, Kg. Betong, Kg. Tanggai, Kg. Tumang, Kg. Padang Jual, Kg. Melekai, Kg. Kuala Johol, Kg. Gating, Kg. Dingkir, Kg. Selaru dan Kg. Masjid Tua.

Turut terlibat ialah Kg. Simat, Kg. Tulang Rimau, Kg. Ulu Inas, Kg. Baru Air Mawang, Kg. Kabong, Kg. Geduhom, Kg. Malan, Kg. Kepis Ulu, Kg. Kepis Hilir, Kg. Kepis Baru, Kg. Simpang Dangi, Desa (Kg. Baru) Dangi, Desa (Kg. Baru) Kepis Batu 10, Kg. Seri Kepis, Kg. Pelangai, Kg. Kuala Jemapoh, Kg. Seri Jemapoh, Kg. Beting, Kg. Kuala Gentam, Kg. Seri Pandan, Kg. Jemapoh, Kg. Desa Jemapoh.

Kg. Mara Parit Tinggi, Kg. Desa Parit Tinggi, Kg. Gentam, Kg. Rembang Panas, Kg. Terusan Seberang, Kg. Kuala Rembang Panas, Kg. Sg. Jelutong, Kg. Jerjak/Padang lebar, Kg. Sg. Talan, Kg. Terusan, Kg. Juasseh Pekan, Kg. Desa Anggerik, Kg. Bukit Gelugor, Kg. Juasseh Kapitan, Kg. Terusan Ulu, Kg. Juasseh Tengah dan Kg. Pasir Ambor.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment