SHAH ALAM, 7 April (Bernama) — Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata beliau akan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi.
Beliau mendapati harga ayam sudah naik dari lazimnya RM6 sekg kemudian kepada RM7.50 sekg semasa musim cuti sekolah serta musim perkahwinan dan terkini ialah RM8 sekg.
“Kita akan bincang dengan kementerian itu dan tengok kenapa harga ayam naik. Adakah disebabkan penyakit atau kerana bekalan berkurangan dan jika bekalan berkurangan mungkin kementerian perlu mengimport dari luar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam, di sini.
Noh berkata kementeriannya mengawal dari segi bekalan ayam manakala KPDNKK mengawal harganya.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment