KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu telah melantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar menjadi ‘Duta’ Pemuda PAS di sepanjang (kempen) PRU-13,”beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.
Dalam pilihanraya ini, naib ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah akan bertanding di peringkat parlimen.
Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.
Timbalan ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangannya di DUN Teluk Pasu yang ditandingi beliau sebelum ini.
Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program ‘Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus’ di sini semalam, Jumaat 5 April.
Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.
Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran ‘Anak Muda Berkebajikan’ ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.
“kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,”tambahnya
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment