yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday, 28 March 2013

Kapal tentera AS dipotong di Laut Sulu

MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.



Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin.

Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.




Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu.

Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.

Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang.

Sumber                                                  

Share:

Related Posts:

3 comments:

  1. senjata yang ada atas kapal tu pergi mana ek......

    ReplyDelete
  2. Senjata tu awal2 lg dia dh bwk klur senyap2 ms br2 trkandas ari tu...

    ReplyDelete
  3. Senjata dibekalkan kpd tentera penceroboh sulu laa..tak heran mrk ada kelengkapan senjata menyerang Malaysia..

    ReplyDelete