Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tempoh DUN negeri itu tamat pada pukul 12 tengah malam tadi iaitu genap lima tahun persidangan pertama penggal ke-12 berlangsung pada 27 Mac 2008.
"Esok (hari ini) DUN negeri ini akan terbubar dengan sendirinya dan sebuah kerajaan sementara akan wujud secara automatik.
"Buat pertama kali kita sampai ke tahap DUN genap lima tahun kerana kebiasaannya penggal baharu berusia empat tahun atau empat tahun setengah sudah ada pilihan raya umum," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini semalam.
Ujarnya, kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menggenapkan hingga hujung penggal dan ia baik untuk negara.
Sumber
Baik utk negara ke baik utk nafsu bee end?
ReplyDeleteBagus mcm ni bg peluang kpd pemimpin utk bkhidmat dgn lebih baik..dan juga mberi ruang kpd rakyat utk menilai kerajaan hari ini..bg chance gak kt pmbgkang nikak mata dan minda supaya x terus hanyut dgn jnji2 pelesu..
ReplyDeletesepatutnya lebih gentlemen...bubar sebelum tamat tempoh...ni macam xmau lepas jawatan yang ada ja...
ReplyDelete