Malah, heroin filem Mwar Putih serta Sayang bersama Amy Search itu kini dilihat kembali semula ke dunia lakonan setelah lama menyepi. Khabarnya dia juga telah merancang untuk kembali menyanyi setelah ada pihak yang menawarnya untuk menghasilkan album.
Raja Ema ditemui di majlis pra-tonton untuk drama lakonannya, Epilog Cinta Khirana yang akan ditayangkan di slot Samarinda bermula April ini di TV3. Majlis yang dinamakan sebagai Raikan Cinta itu menggabung 3 drama rantaian dan satu dramedy yang berkisarkan cinta dan kesemuanya akan akan ditayangkan pada April ini.
"Semenjak majalah Nona mengambil saya menjadi penghias kulit majalah keluaran November tahun lalu, saya banyak menerima tawaran berlakon dan sebagainya. Pada mulanya mahu terima sebagai sambilan serta suka-suka sahaja.
"Tetapi semakin lama tawaran yang saya terima semakin banyak dan baru-baru ini ada yang tawarkan saya untuk menghasilkan album. Pihak berkenaan ingin merakamkan single baru dan pada masa yang sama mahu memasukkan lagu-lagu lama saya dan menjadikannya sebagai satu album baru.
"Saya terkejut juga sebab ingat orang dah lupa sebab saya lama menyepi. Saya terima rezeki ini dan rasanya sudah bersedia untuk kembali menyanyi dan berlakon,"ujar Raja Ema yang hadir di perlancaran kempen Raikan Cinta anjuran TV3 itu.
Bintang berusia 44 tahun ini akui teruja untuk kembali aktif semula di dalam bidang seni lakonan dan seni suara. Dia juga mendapat sokongan daripada keluarga namun akan tetap mengutamakan mereka dahulu.
"Apabila dapat tahu ramai yang suka saya kembali, peminat-peminat masih banyak saya jadi teruja untuk menerima tawaran nyanyian dan lakonan. Keluarga dan anak-anak juga memberikan galakkan dan sokongan pada saya.
"Tetapi walau macam mana pun saya akan tetap meletakkan mereka sebagai prioriti utama saya. Apa yang saya buat sekarang sekadar mengisi masa lapang sahaja,"ucapnya lagi.
Sumber
lupa diri la tuh...kesian kat ibu dia..udah2 ler tuh...jgn la lagho sampai tuo kot....
ReplyDelete