yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday, 29 March 2013

Suami Siti, Dato` K Sudah Mula Masuk Office

JOHOR BHARU, 28 MAC 2013: Usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohd Jiwa dikhabarkan telah mula memasuki pejabatnya baru-baru ini sejak menjalani rawatan fisioterapi akibat kemalangan jalan raya di New Zealand tahun lalu.

Perkara itu telah dinyatakan sendiri isterinya, Dato` Siti Nurhaliza yang juga merupakan penyanyi tersohor negara.

Bercakap selepas sidang media sempena program khidmat masyarakat anjuran produk kosmetik SimplySiti dan Yayasan IJN di pusat hiburan tema LegoLand di sini, Dato` Siti berkata keadaan suaminya sudah semakin pulih.



"Alhamdulillah, DK (Datuk K) sudah semakin pulih dan baru-baru ini dia sudahpun pergi ke pejabatnya.

"Bukan untuk bekerja tapi sekadar membuat lawatan biasa, bertemu dengan pekerjanya," kata Siti.

Program dan juga kempen yang dikenali sebagai SimplySiti Di Hati itu telah berjaya mengutip dana sebanyak RM57,166 bagi membantu tiga orang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung.




Dato` Siti berkata, jika semuanya berjalan dengan baik, suaminya itu dijangka sihat sepenuhnya pada awal bulan depan.

Kata Dato` Siti, suaminya itu telah mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan dan tangan kanannya akibat kemalangan yang berlaku tahun lalu.

Tambah pengasas SimplySiti itu lagi, sejak Januari lalu, Datuk K telah menjalani rawatan insentif di rumah dengan mendapat perhatian penuh daripada dirinya.

"Itulah, sepatutnya kempen SimplySiti Di Hati ini memerlukan komitmen saya di 11 lokasi, bagaimanapun keadaan suami yang tidak mengizinkan ternyata menuntut saya untuk memberi perhatian penuh kepadanya.

"Bagaimanapun saya bersyukur, sumbangan dana yang telah berjaya kami kutip sekurang-kurangnya dapat membantu 3 adik-adik yang memerlukan rawatan pembedahan jantung dengan segera," katanya penuh syukur.

Sumber                                                  

Share:

0 comments:

Post a Comment