yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday, 20 September 2016

Facebook keluaran AMARAN baru, PENALTI TUTUP AKAUN jika tidak patuh! Betul atau Tidak???



Baru-baru ramai kecoh di facebook disebabkan dengan amaran baru yang dikeluarkan dengan mengejut untuk semua penggunanya. Apa yang lagi memeranjatkan, penalti penutupan AKAUN FACEBOOK (Flag) kepada sesiapa yang tidak mematuhinya. Ramai tertanya-tanya betul ke benda ni berlaku ?

DAN JAWAPANYA ADALAH ‘ YA ‘ .

Sampai harini kita belum mendapat khabar berita yang jelas kenapa Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook) buat keputusan sedemikian, mungkin diantaranya sudah banyak account Facebook yang FAKE membuat jenayah seperti mencari mangsa rogol/ keyboarwarrior/ scammer ataupun apa sahaja yang menyalahi undang2 yang telah ‘ direport ‘ oleh orang awam ? Kita sendiri masih tertanya-tanya. Tapi takpe, jangan panik. Ini antara perkara2 facebook minta kita buat :

(1) Muat naik apa2 jua dokumen sokongan yang boleh mengesahkan korang ni betul-betul pengguna yang ‘ real ‘ . Tekan link dibawah untuk info yang lebih jelas, untuk pengetahuan netizan juga dokumen sokongan jugak ada spesifikasi yang dibenarkan, takboleh hentam kromo je tau !

https://www.facebook.com/help/159096464162185

(2) Menggunakan REAL NAME @ Real Name Policy untuk akaun facebook yang telah didaftar. Sesiapa yang menggunakan nama-nama tidak ada kena mengena dengan nama anda, akaun facebook anda kemungkinan akan ditutup. Nama juga ada spesifikasi yang ditetapkan oleh facebook, antaranya tak boleh ada nombor, ada title, nama tempat, ataupun perkara2 yang tidak senonoh atau sensitif dan banyak lagi, kalau korang baca dia punya peraturan memang senang kata taruk jela nama sendiri. Maklumat yang lebih jelas bukak link ni :

https://www.facebook.com/help/112146705538576

Kita semua tahu sekarang platform facebook sudah menjadi seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ sebagai medium untuk pemasaran (Internet Marketing). Perkara seperti ini perlu dititik beratkan kepada sesiapa yang giat menjalankan pemasaran melalui facebook. Anda bayangkan jika akaun personal anda ditutup secara mengejut dan anda mempunyai 10 fanpage yang melibatkan berpuluh2 ribu LIKES. Seperti yang kita tahu untuk naikan LIKES di fanpage memerlukan kos wang ringgit yang agak besar. Kesan lain yang lebih berat, ia boleh menjatuhkan terus bisnes seseorang bagi sesiapa yang hanya focus membuat pamasaran menggunakan medium FACEBOOK.

So jom baca sedikit perkongsikan tentang beberapa perkara yang perlu korang semua bersedia (untuk yang berniaga menggunakan FB) sebelum FACEBOOK menjadi lebih gila pada peraturannya!


  1. Kumpul DATABASE anda mulai sekarang (Nama/ No-tel/ Emel/ Alamat)
  2. Menggunakan platform media sosial yang lain ( Twitter /Instagram /Wechat /Beetalk)
  3. Belajar untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan WEBSITE
  4. Kalau ada database seperti Emel, bole menggunakan teknik EMEL MARKETING untuk membuat jualan
  5. Kuasai pemasaran menggunakan FORUM
  6. Pemasaran media massa


Ini antara beberapa perkara yang korang semua kena belajar mulai harini, sebab apa kita kena ‘ sediakan payung sebelum hujan ‘ sebelum beberapa perkara yang tidak diigini berlaku. Nak atau tidak kita kena sedar yang kita ni menumpang je dekat Facebook ni, dia boleh buat apa saja dia suka dan kita semua kena ikut. Tapi menjadi tanda tanya, kenapa peraturan ni sebenar2nya dibuat ? Adakah lebih selamat untuk para pengguna ? Untuk kawal user dari terlalu ramai ? ataupun ada agenda yang dirahsiakan yang kita semua tak tahu…

Apapun kita semua jangan cepat melatah, apa pun juga yang ditetapkan, kita follow je dan yang paling penting sentiasa bersedia dengan sebarang keberangkalian yang akan berlaku di masa depan. Kalau dilihat pada segi kebaikan dia juga, kalau korang kena scam ke, kena apa-apa jua bentuk jenayah yang melibatkan medium Facebook, mungkin selepas ni siasatan ke atas pesalah akan lagi mudah betul tak, ataupun orang tidak bertamadun macam keyboardwarrior akan pupus? mana kita tahu kan. Apapun selamat menjadi diri anda sendiri mulai harini ! 😀

p/s : btw tukar nama anda sekarang tau, ini betul betul bukan dugaan.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Punca Mahkamah Kuala Pilah bebaskan isteri dituduh potong Kolopir suami terjawap



KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini, melepaskan tanpa dibebaskan seorang isteri dari perlakuan mendatangkan kecederaan kepada suaminya, dengan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian pada 20 Januari jam 1.20 pagi di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol.

Hakim, Nariman Badruddin menetapkan keputusan itu setelah  pendakwaan sekali lagi gagal untuk mengesahkan bilakah mangsa, Umar Rahman, 44, yang kini berada di Pakistan, akan kembali ke Malaysia untuk memberi keterangan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Rahimah Abd Majid, mahu meneruskan perbicaraan kes dengan menyoal saksi-saksi seperti dua orang doktor perubatan.

Bagaimanapun, penguam tertuduh, J.Gunamalar membuat bantahan atas alasan bahawa ketidakhadiran mangsa (Umar) iaitu saksi tunggal kes, akan menyebabkan pendakwaan terhadap tertuduh menjadi tidak berasas.

Kata Gunamalar, isu di sini bukan sahaja apa yang telah berlaku tetapi juga siapa yang melakukannya.

Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh, Fatimah Abdullah, 55, boleh dilepaskan dibawah Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah.

Kemudian, mahkamah menetapkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan sehingga tiada tempoh tetapi pihak pendakwa mempunyai kebebasan untuk mendakwa semula.

Bagi fakta kes, pada 28 Januari 2016, tertuduh didakwa di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana memotong zakar suaminya.

Selepas pertuduhan kes dibaca, tertuduh mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan tarikh 22 Februari 2016 untuk menyampaikan hukuman.

Bagaimanapun, pada 22hb Februari 2016, tertuduh telah menarikbalik pengakuan bersalah, dan dilepaskan atas jaminan RM 5,000 dan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan kes.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Duit KWSP, Jangan Bagi Anak! Bahaya! Bahaya!'



Saya berjaga dan menulis untuk buku seterusnya. Sesekali saya akan bangun menjenguk anak-anak di bilik mereka. Tenangnya tidur mereka dan tenang juga hati saya sebagai bapa. Mungkin itulah kasih sayang bapa kepada anak-anaknya.

Bercakap mengenai kasih sayang bapa kepada anak, saya ada satu cerita. Kisah sahabat saya yang menasihati saya agar tidak sesekali memberikan duit KWSP kepada anak-anak.

"Izman, aku nak pesan kat kau perkara ini. Kau dengar baik-baik. Bila kau pencen nanti, kau keluar duit KWSP dan belanjakan semuanya. Habiskan!" katanya.

Saya memandangnya sambil tersenyum kelat. Pada saya, nasihat sebegini hanya boleh didengar, dipakai jangan sekali.

"Aku cakap, kau senyum ye Izman? Nanti kau kena macam pakcik aku, baru kau tahu," katanya lagi.

Timbul persoalan di kepala lalu saya meminta dia bercerita lanjut.

"Pakcik aku ada tiga orang anak. Seorang lelaki dan dua perempuan. Bila pencen, keluar duit KWSP dekat RM200,000. Masa itu, dua anaknya sudah berkahwin. Yang bongsu masih sekolah menengah.

"Dah pencan, dia tukar nama rumah kepada nama anak lelaki sulung kerana dia ingat itulah anak yang akan membakar mayatnya nanti dan menjaga ibu mereka jika dia mati.

"Duit KWSP itu, dia 'renovate' rumah. Yelah, rumah dah lama dan dah habis bayar. Lagipun semua anak masih tinggal dengan dia walaupun sudah kahwin. Dia bina satu tingkat laig untuk tambah dua bilik dan satu bilik air.

"Anak pujuk tukar kereta sebab keretanya sudah uzur. Dia tukar Proton baharu. Dia keluar deposit dan bayar bulan-bulan tetapi atas nama anak. Bila cucu nak masuk kolej, anak pujuk. Dia keluar duit belanja. Kau tahulah yuran kolej swasta kan mahal.

"Anak cakap, duit KWSP itu ada bahagian anak-anak. Dia bodoh-bodoh percaya dan dia beri seorang RM10,000. Dapat saja duit, anak terus ubahsuai kereta dan ada yang pergi melancong. Dia dan isteri, jaga rumah.

"Selepas tiga ke empat tahun, duit KWSP sudah mula habis. Anak menantu mula rasa tak selesa duduk bersama. Dia dan isteri terpaksa keluar dari rumahnya sendiri, menyewa rumah di Taman Sentosa. Untuk membayar sewa rumah dan duit belanja makan, dia bekerja menjadi pengawal keselamatan di kilang. Malam jadi 'jaga', siang hari dia mencari kotak untuk dijual di kedai barang lusuh. Lagi susah, anak bongsu tinggal dengan mereka. Mahu tak mahu, mereka kena tanggung persekolahan si bongsu itu.

"Anak yang dua 'ekor' itu, jangan kata hulur belanja, jenguk bertanya khabar hidup mati pun tak pernah. Tetapi bila tak ada duit, tahu pula mereka mencari ayah mereka sanggup bawah ayah pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Tak guna punya anak!

"Jadi, aku ingatkan kau. Bila dah dapat duit KWSP itu, kau belanjalah untuk keperluan kau. Kau dah bersusah payah berpuluh tahun kerja siang malam, duit itu untuk kau joli sebelum mati sebenarnya. Pergilah bercuti luar negeri, belikan diri kau dan isteri benda yang mahal-mahal dan tukar kereta baharu.

"Nak kahwin baharu pun boleh! Duit ratus ribu dalam poket. Jangankan janda, anak dara bergetah pun sanggup jadi isteri muda. Hahaha!" ceritanya panjang lebar dan beremosi.

Kali ini saya hanya mendengar dan mengakui kebenaran ceritanya. Memang itulah yang berlaku saban tahun bagi pesara yang sudah mengeluarkan duit KWSP. Dapat duit, bantu keluarga dan anak cucu dan ada yang berjoli. Dalam masa kurang lima tahun, hidup mereka menjadi miskin semula. Mereka terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sedangkan anak-anak terpaksa menyara keluarga mereka masing-masing.

Duit pencen KWSP beratus ribu nampak banyak. Tetapi bila dapat secara tiba-tiba, akan menjadikan seseorang gelap mata, hilang pertimbangan dan boros. Mereka lupa bahawa bukit yang tinggi jika setiap hari ditarah akan rata juga.

Sahabat saya itu jelas tekad dengan niatnya untuk menggunakan bagi dirinya sendiri untuk mengelakkan dirinya menjadi papa kedana dengan membantu anak-anak. Biarlah, hak dia. Dia yang mengumpul duit itu dengan bekerja siang dan malam.

Mengenai duit KWSP saya nanti, sudah pasti ada bahagian untuk pendidikan anak-anak. Selebihnya saya sudah berniat untuk melancong ke kota romantis, Paris. Ya, sudah tentu saya akan ke Mekah untuk haji.

Jika puan hajjah lebih selesa bermain dengan cucu nanti, saya pula akan berusaha menunaikan impian saya sejak sekolah menengah, iaitu melancong ke seluruh dunia dengna menaiki kereta api.

Usai semuanya, legalah hati saya. Rutin saya nanti tentulah setiap pagi minum teh tarik di kedai kopi sambil menonton gusti. Petang pula, saya akan meronda kampung bersama hajjah isteri untuk bertanya khabar anak kariah. Malam pula akan menadah kitab di surau.

Cukuplah duit KWSP yang berbaki dan duit elaun ketua kampung untuk saya belanjakan sementara menunggu dijemput ke 'Daerah Abadi'.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 19 September 2016

Dua ditahan berhubung posting kematian Haron Din di Facebook



Dua individu ditahan polis ekoran catatan di Facebook kerana menghina Islam berkaitan kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua mereka ditahan, masing-masing, di Perak dan Selangor, kata Khalid menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

"Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din...," katanya dalam Twitter.

Haron Din, 76, meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford di San Francisco akibat komplikasi jantung pada 16 September yang lalu.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Harap Bersabar. Pembinaan Hospital Rembau kini hanya siap 39 peratus sahaja



SEREMBAN - Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan sedang berjalan lancar berbanding sebelum ini setelah masalah reka bentuk selesai.

"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau rapi kemajuan kerja di tapak bina dan sentiasa membantu pihak kontraktor dalam menyiapkan projek ini di samping menjaga kualiti pembinaan.

"Mesyuarat koordinasi projek telah diadakan hampir setiap minggu bagi memastikan kemajuan projek berjalan lancar di samping mesyuarat teknikal dan mesyuarat tapak yang diadakan setiap bulan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau pihak kontraktor juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan komited dalam menyiapkan projek ini sepertimana yang disasarkan.

Katanya projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Roslan berkata projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Katanya fasa pertama (kerja-kerja tanah) telah dimulakan pada 8 Jun 2012 dan siap pada 21 Feb 2013, manakala bagi kerja fasa kedua (kerja membina bangunan) sekarang bermula pada 9 Sept 2013 dan dijadualkan siap pada 8 Sept 2016.

Pihak JKR telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan perunding sivil dan struktur pada 12 Dis 2014 lepas di atas kegagalan perunding sehingga berlaku kelewatan tersebut.

"JKR terpaksa mereka bentuk semula struktur pembinaan terutamanya bagi blok yang dibina secara pasang siap (Industrialised Building System - IBS).

"Ekoran itu lanjutan masa diberikan mengikut syarat-syarat kontrak dan alhamdulillah, projek berjalan lancar sekarang iaitu tarikh jadual siap adalah pada 29 Dis 2017," katanya.

Projek pembangunan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah katil ini dibina di tanah berkeluasan 19.4 hektar yang terletak di Chembong, Rembau dengan kos pembinaan berjumlah RM97 juta.

Pembinaan projek ini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Hanya Pemaleh Setuju Kerja 6 Jam Sehari - Cuepacs



GEORGE TOWN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebulat suara tidak menyokong cadangan mengurangkan waktu bekerja dari 8 jam ke 6 jam sehari, lapor Free Malaysia Today.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda menyifatkan, mereka yang bersetuju dengan cadangan bekerja selama 6 jam itu hanyalah mereka yang malas.

"Tiada sesiapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk menjemput anak pulang dari sekolah dan lain-lain.

"Oleh itu Cuepacs membantah idea (MTUC) tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS, semalam.

Azih menyuarakan kebimbangan di mana jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pendapatan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka akan menjadi lebih rendah.

Justeru, Azih berharap kerajaan akan mengkaji cadangan itu dengan teliti dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: