yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 1 August 2016

Tahniah! NS bebas judi siber setakat ini



SEREMBAN – Polis mengesahkan Negeri Sembilan bebas daripada sebarang aktiviti perjudian siber setakat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, pemeriksaan yang dijalankan pihak polis pada 26 Julai lalu mendapati tiada sebarang aktiviti judi siber dikesan.

Menurutnya, bagaimanapun, polis berjaya melakukan 71 serbuan pada 19 Julai lalu di premis yang menjalankan kegiatan perjudian siber dengan tertangkapnya 16 pelanggan dan 44 unit alatan telah dirampas.

Jaafar berkata, namun dalam tempoh 20 hingga 24 Julai lalu, tiada satu pun premis perjudian siber dikesan pihak polis bagaimanapun operasi bersepadu mengekang aktiviti tersebut terus dijalankan.

"Bermula dari 26 Julai sehingga kini, walaupun operasi membanteras aktiviti perjudian siber dilakukan, namun tiada sebarang kegiatan itu dikesan setakat ini.

“Namun begitu, polis tetap komited menjalankan operasi dari masa ke semasa bagi mengekang kegiatan itu bagi memastikan negeri ini bebas daripada kegiatan perjudian siber,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis negeri, T. Narenasagaran,

Sementara itu, Jaafar memberitahu, berdasarkan kepada statistik operasi yang dijalankan polis terhadap kegiatan judi siber di negeri ini, sebanyak 6,150 pemeriksaan telah dibuat dalam tempoh Januari hingga 30 Jun 2016.

“Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 259 premis telah diserbu dengan tangkapan seramai 303 membabitkan penganjur dan penjaga judi siber.

“Dalam tempoh tersebut, polis telah membuat rampasan alatan sebanyak 1,636 unit membabitkan nilai hampir RM5 juta dengan tangkapan seramai 559 pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, polis tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan terhadap ketua polis daerah dan ketua polis balai sekiranya mereka tidak menangani kegiatan itu secara menyeluruh.

“Apa yang dinyatakan oleh kerajaan negeri yang memandang serius akan kegiatan perjudian siber sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara. Mereka (OC dan OCS) perlu bertanggungjawab ke atas daerah mereka.

“Polis juga akan mencadangkan kepada PBT supaya mengambil tindakan terhadap premis yang didapati masih menjalankan  kegiatan judi siber walaupun beberapa kali telah diserbu, dengan tidak membenarkan apa-apa perniagaan beroperasi di permis terbabit dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Khamis lalu Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada ketua polis daerah dan Yang Dipertua PBT diarah keluar dari Negeri Sembilan dalam tempoh 24 jam sekiranya gagal menangani premis perjudian siber di kawasan masing- masing.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment