‘Tak rugi jual lauk nasi campur RM1’

on Thursday, 23 June 2016



SEREMBAN – “Mungkin ramai yang kata kami akan rugi jual lauk-pauk semurah ini," kata Zakri Abdul Wahid, 38 yang menjual aneka jenis lauk dengan harga hanya RM1 di gerainya berhadapan Surau Kampung Blok C, Ampangan, di sini.

Kata Zakri, idea menjual pelbagai jenis lauk- pauk untuk juadah berbuka puasa dengan harga yang dikatakan tidak 'masuk akal' itu setelah dia melihat kebanyakan peniaga menjual makanan dengan harga mahal dan membebankan pengguna.

Menurutnya, terdapat lebih daripada 15 jenis lauk - pauk yang dijual digerainya yang dibuka seawal jam 3.30 petang dan kebanyakan pelanggannya adalah penduduk sekitar.

"Dari sayur, kerabu, ayam dan ikan semuanya RM1.

"Bezanya mungkin saiz ayam dan ikan kami agak kecil," katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, ramai pelanggan pada mulanya tidak percaya harga RM1 untuk lauk- pauk yang ditawarkan di gerai tersebut.

"Malah, mereka (pelanggan) pula yang takut saya rugi.

"Rugi itu tiadalah cuma untung tak banyak," katanya.

Zakri berkata, setiap hari semuanya habis dijual dan antara menjadi kegemaran pelanggan ialah ikan sembilang masak lemak, ikan rebus asam dan kerabu.

“Semuanya saya masak sendiri bersama isteri di rumah tanpa ada bantuan daripada orang lain. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berpuas hati.

“Biasanya orang nak berbuka ini suka makan banyak lauk dan dengan saiz lauk- pauk yang dijual oleh kami ini memang sesuailah, sebab tiada yang akan dibuang,” katanya yang merupakan peniaga sepenuh masa.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved