yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 28 June 2016

'Samseng Taik Kucing Perut Boroi, Dah Terlambat Nak Minta Maaf'



KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki samseng menyerang dan merosakkan kenderaan mangsa yang dalam perjalanan menghantar enam pelajar tahfiz ke Majlis Khatam Al-Quran, menerima padah apabila polis menegaskan samseng berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mangsa, Mohd Zul Fadlian Abdullah, 38, diserang oleh pembuli itu yang memotong keretanya dari belakang sehingga berlaku pelanggaran.

"Saya dalam perjalanan nak menghantar enam pelajar tahfiz menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan jamuan berbuka puasa berhampiran Bulatan Duta-Segambut, semalam. Tiba-tiba lelaki itu bertindak memotong kenderaan saya dengan cara berbahaya lalu menyebabkan kereta kami bergesel di bahagian kiri. Saya terkejut lalu memberhentikan kereta.

"Dia kemudian keluar dari kereta dalam keadaan marah sebelum bertindak menendang lampu kereta sehingga pecah selain memecahkan cermin sisi kereta saya. Saya kemudian menurunkan cermin pintu kereta untuk berbincang dengannya tetapi dia mengajak saya bergaduh dan mencaci maki saya sebelum menumbuk saya beberapa kali di bahagian lengan dan muka. Kemudian di melarikan diri," katanya kepada Harian Metro.




Mohd Zul Fadlian kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Kejadian itu juga turut viral di media sosial.

Menyedari perkara itu viral di media sosial, lelaki terbabit kemudian menghubungi mangsa untuk memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi bagi menyelesaikan masalah. Namun, mangsa menolak tawarannya.

"Bagi saya, dia perlu diberikan pengajaran yang setimpal kerana perbuatannya sangat melampau apatah lagi di bulan ramadhan," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan kejadian itu  dan suspek telah menyerah diri di balai polis serta bakal di dakwa di mahkamah.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

1 comment: