Punca Amah Tak Dibenarkan Tinggal Di Rumah Majikan Mulai 2017 Cetus Kegemparan

on Friday, 20 May 2016



KUALA LUMPUR - Mulai 2017, Indonesia tidak akan membenarkan golongan wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara tinggal bersama majikan.

Lapor mStar Online, republik itu mahu pembantu rumah diambil bekerja sebagai pekerja formal dengan waktu kerja yang ditetapkan tanpa perlu tinggal di rumah majikan, selain diberi cuti rehat mingguan.

"Kami mahu kontrak rasmi antara pembantu rumah dan majikan, sama seperti kontrak yang disediakan untuk bekerja di syarikat," kata Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno yang mengulas Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Republik Indonesia sedang melaksanakan Pelan Hala Tuju Pekerja Pembantu Rumah bagi melindungi kepentingan rakyatnya.

Langkah itu dianggap penting bagi menghalang penyalahgunaan terhadap pembantu rumah yang tidak menerima gaji minimum, cuti dan waktu kerja tetap.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved