yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 12 April 2016

Simpanan RM30K Di Tabung Haji Licin 'Diambil' PTPTN?



PUTRAJAYA - Seorang mahasiswi mendakwa, duit simpanannya di Tabung Haji sebanyak RM30,000 telah diambil oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa sebarang notis.

Screenshot mesej di antara mangsa dan bapanya yang dimuat naik oleh Shamsuri Ibnuhussin itu mula tersebar di media sosial petang tadi mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

"Abah, kakak nak beritahu abah, duit Tabung Haji kakak dah hilang RM30,000. Bila diselidik dengan Tabung Haji, PTPTN ambil. Tak apa, mungkin ada hikmah dan rezeki lain yang Allah nak bagi. Abah dan mak titipkan doa buat kakak, abang dan Husna di sini ya.

"Kakak belum kerja lagi, sambung belajar master syariah. PTPTN bertindak kasar. Bila call PTPTN, mereka kata kakak dah bayar RM30,000. Itu pun sebab kakak kemas kini buku Tabung Haji. Kalau tak, tak tahu sebab surat tak sampai," katanya.

Walau bagaimanapun, netizen mempersoalkan apakah dakwaan itu benar atau fitnah semata-mata bagi memburukkan imej PTPTN?

"Boleh ke ambil wang simpanan orang tanpa persetujuan seperti itu? Jika benar, Tabung Haji sudah melanggar privasi dan boleh disaman," kata Muhaimee Mohamad.

"Sejak bila ada sistem yang membenarkan PTPTN untuk akses akaun Tabung Haji kita? Rasanya kalau PTPTN nak ambil sekali pun, mereka akan rujuk pada kita terlebih dahulu untuk pengesahan," kata Suhaili Bhuiyan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment