Aku marahkan akak depan aku dan aku menyesal selepas itu..
Lain orang lain rezeki yang Allah bagi dan lain orang lain dugaan yang Allah bagi. Seorang lelaki ni yang dah beratur agak lama di belakang seorang kakak yang tengah nak keluarkan duit tertinggikan suara akibat tak sabar dan menyesal sendiri selepas mendengar jawapan kakak ni.
Balik rumah, tengok beras, minyak dan sabun basuh semua dah kurang so start motor nak pegi Giant. Singgah petrol pam kat Bt Caves nak pegi ATM keluar duit. Aku masuk sekali dengan sorang akak tengah pimpin anak 2 orang sama tuju pi mesin ATM.
Masalahnya aku dok terconggok kat belakang dia ada laa 5-7minit jugak. Dalam hati dah macam-macam hamun keluar apa benda terhegeh hegeh nak pakai ATM ni. Last aku takleh tahan aku tanya
"Kenapa lambat sangat kak, orang lain pun nak pakai ni...." aku cakap dengan suara tinggi laa gak sebab bagi aku dah tahap lembab sgt ni.
Akak tu jawab kat aku dan aku terus rasa bersalah
"Saya nak keluar duit dik tapi mesin tak boleh keluar duit sepuluh. Ada duit lima puluh dengan seratus jer. Akak dah pegi 3 atm dah tapi semua sama. Kalau akak pegi mesin CIMB sebelah ni nanti potong seringgit" (muka dia betul betul berkerut sedih masa ni)
Aduhhh... then aku tanya nak keluar berapa dia ckp RM40 sebab tu je yg tinggal dan cukup untuk belanja anak sekolah minggu ni dengan belanja dia sementara tunggu gaji hari Khamis. Wei, ni gerenti Tuhan tu nak uji aku. Semalam dia dah bagi aku untung jual mainan then aku jumpa akak ni. Aku punya rasa bersalah masa tu tak tau nak ckp mcm mana sebab sound dia dan pikir dia ni lembab bagai suma kejap td.
Dalam dia dok kalut tu, aku mintak dia cancel transaction tu and bg aku pakai ATM. Aku mintak acc no dia. Mula mula dia refuse tapi last last bagi gak sebab aku ckp nak transfer seringgit jer suh dia pakai atm CIMB kat sebelah tu. So lepas settle aku kat atm tu, aku ckp akak dah boleh pakai. Aku blah cepat-cepat pegi kat motor. Tengah aku start motor akak tu datang kat aku sambil mata bergenang genang cakap terima kasih siap pegang tangan aku suma. Aku jem jap cakap takpe pakai lah kak sy bg ikhlas tu then aku terus jalan. Aku takmo pikir dah macam-macam. Aku sedekah laa sikit portion duit mainan semalam.
Bagi aku, Tuhan tu kalau dia nak bagi, dia terus bagi. Kalau dia taknak bagi or nak tarik balik dia terus tarik. Sampai laa ni aku menyesal sebab marah-marah (walaupun dalam hati) akak tu. Lain org, lain masalah. Apa yg kita boleh bantu kita bantu. Mana tau esok lusa time kita pulakkan.
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment