yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 6 March 2015

ROYAL BRUNEI AIRLINES TIDAK TERJEJAS TANPA HIDANG ALKOHOL



KUALA LUMPUR - Royal Brunei Airlines, syarikat penerbangan milik kerajaan Brunei mengekalkan ciri-ciri Islamik di dalam operasinya dan tindakan itu tidak menghalang syarik#at itu untuk terus maju seiring dengan syarikat penerbangan yang lain.

Pengurus Kanan Jualan & Pemasaran Royal Brunei Airlines Semenanjung Malaysia, Noor Azmi Jamaludin berkata, ciri-ciri islamik yang dikekalkan tidak menjejaskan perniagaa#n mereka, malah semakin mendapat tempat dari ramai pihak sama ada penumpang Islam atau bukan Islam. Ia selaras dengan Brunei sebagai sebuah negara Islam, sudah tentu ia menjadi teras kepada syarikat penerbangan ini.



"Berpakaian seksi bukan imej sebenar Royal Brunei Airlines. Dan ia tidak menjamin kemajuan perniagaan kita," katanya.




Tambahnya, sajian makanan yan#g disediakan kepada penumpang adalah 100% halal, tidak kira di mana penerbangan berlepas sama ada di China, Dubai, atau London. Bukan setakat itu, penerbangannya juga tidak menyediakan minuman beralkohol kepada penumpang.



"Setiap kali penerbangan hendak berle#pas, para krew kami akan memastikan ada bacaan doa perjalanan. Perkara-perkara ini bukan halangan untuk kita tarik penumpang pelbagai bangsa dan agama bersama kita," katanya.

Dari segi pakaian pramugari, pihak penerbangan telah menetapkan baju berwarna hijau lembut, tudung kepala dan kain labuh atau seluar panjang.

Penjenamaan semula Royal Brunei Airl#ines di seluruh negara meliputi uniform pramugari, pramugara kakitangan pemasaran, logo dan ruang pejabat.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment