yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 2 March 2015

Kisah Sebenar Pinangan Lelaki Ini Ditolak



Berkenalan sewaktu praktikal bersama. Dari situ gua jatuh hati dengan perwatakan dan gaya dia. Org kata rupa tu bonuslahh. Gua ni kalau suka kat org susah nk gentleman p bgtau sndiri. Biar jelah minat diam2 dalam hati je then last2 melepas. Begitulah yg selalu terjadi. Tapi kali ini terasa lain bagaikan ada sesuatu yg telah mendekatkan kami. Yeah, kenal dari mata then turun kehati. Buatkan hati gua ni berbunga2. Setelah lama berkawan gua makin sayangkan dia, susah nak cari org perempuan mcm dia, sopan santun,keturunan yg baik, prwatakan yg lembut, senang terima teguran, sntiasa berubah kearah kebaikan dan yg paling penting selalu kejutkan gua solat subuh, x pernah miss. Situ la gua paling respect kat dia. Kadang2 gua yg tido kjap je sbb nk brtanding kejut awal subuh. Kami x declare pon as a couple just bkawan dgn niat ke arah perhubungan halal dan sentiasa menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan.

Bila dah lama kenal gua jadi makin sayang, sentiasa ingin ada disisi dia dan menjaga dia. Niat gua ni ikhlas kerana Allah bukan nafsu semata-mata. Gua ingin menjaga dia dan fmly dia. Dari situlah gua suarakan niat utk meminang dia dlm masa terdekat. Di hari birthday dia gua buat suprise dgn call famly dia utk menghantar rombongan meminang. Tapi niat itu diminta tangguh utk bagi laluan kpd dia bekerja dulu dan dapat merasa duit sendiri utk fmly. Terus gua mnjadi hampa dan tanpa disedari gua dingin dgn dia walhal dia tatau apepon tntg niat gua tu. Dia layan gua elok je tapi gua acuh x acuh dgn dia almaklumlah tngah sentapkan.haha. Tu la satu lagi sikap dia yg buat gua tersentuh. Smua yg gua buat salah hanya disimpan dalam hati dia.

Entah cmne satu hari tu gua tnpa berfikir panjang p unfriend fb dgn dia, niat nak bgurau2 je mcm selalu tapi x berhasil. Dia marah gua kaw2. Masa tulah meletop smua masalah. Rupanya baru gua sedar yg dalam sayang gua juga sering memakan hati dia, buat dia sentap dgn gua. Byk lah salah yg gua buat. Tapi dia diam je. Kali ni baru meletop.




Hari demi hari dia merajuk dgn gua, dia marah sgt dgn gua. Masing2 ego masa tu smua tanak mngaku salah. Dia ckp mcmtu, gua ckp mcm ni. So tade solution la. Lastly, dia ckp dia da tawar hati dgn gua n tamau ada komitmen dgn mana2 laki dah, tamau pikir soal tunang, kawin, just nk jaga fmly dia. Gua dngr jela ape dia ckp. Biasalah perempuan klau tgh marah kan. Gua biarkan jelah dia, bagi dia masa. Mungkin masa boleh merubah dia mnjadi reda. Dalam masa tu gua ada la anta mcj pujuk tapi dia plak layan gua dingin. Baru padan muka gua.

Rupanya masa telah merubah segalanya, dia da tamau gua pujuk dia lagi dan dia tamau gua dah. Gua sabar jelah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Gua yakin Allah tolong gua lembutkan hati dia. Hari berlalu hari dan tiada khabar berita, gua umpama zombie p keje dgn hati yg x tenteram.

Nak dijadikan klimaks, pada suatu hari tgh gua sibuk bekerja fon buruk gua yg slalu hang ni masuk whatsapp. Perghhhh, pedih nya hanya tuhan yg tahu bila gua telan ayat2 yg disampaikan tu. “Salam, org nk mnta maaf. Dah ada org mai merisik org dan org dah terima, x lama lagi kami nk bertunang.” Allahu, gua jadi kelu, ketar, dan terkontang kanting. Apa harus gua lakukan? Tidak terjawabkah doa gua selama ini? Gua tabahkan hati, gua anggap itu omong kosong aja skadar nak mnyakat gua. Gua istigfar, gua ingat tuhan. Gua prcaya stiap perancangannya. Gua tabah, mcm tiada apa berlaku dan gua tak menangis okey!

Balik dari kerja lantas gua memulakan risikan. Bertnya kpd kwn rapatnyaa. Ya, ternyata berita itu benar. Hampa lah gua skali lagi dan luluhnya hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Dimana janji2 dulu yg ingin hidup semati, be#rkahwin, berkongsi apa yg ada didunia utk memperoleh akhirat? Dimana kenangan2 kita dulu dan perasaan kasih mnghilang? Bagaikan dibadai ombak, sekelip mata nikmat dunia itu hilang begitu saja.

Bila dah tiada baru terkenang, begitulah hari2 yg mendatang stiap masa teringatkan dia. Semua yg buat tidak kena.

Makan x lalu, tidur x lena tapi mandi basah# aje. Gua cuba mencari ikhtiar, gua solat taubat, solat hajat, solat istikharah. Lalu terdetik lah dihati gua utk pergi ke rumah dia utk bersua muka. Gua buat preparation dgn p beli cincin, ngam2 ada cincin yg gua bkenan dan size tepat dgn jari gua yg halus mulus ni, agak2 padan la kot dgn dia. Oleh kerana hati tak tenteram, gua pon minta cuti rehat keesokkannya. Ramai yg mngatakan tak elok gua pergi berseorangan seperti tiada adab. Tapi apakan daya, gua pergi dgn membawa niat yg suci, gua yakin Allah permudahkan urusan gua. Diterima atau tidak ditolak tepi.
Lalu berlalulah gua menerjah highway dgn ditemani lagu2 jiwang d corong radio. Sesampai di bandar pasola itu gua hilang arah tuju dan sesat hampir 1 jam. Alhamdulillah Allah tnjuk jalan, tgh2 sesat tu terlalu lah jalan yg betul. Sesampai dirumahnya lega kerana pintu terbuka luas. Smpai dipintu rumah kaku gua b#ila ade ramai org dalam tu. Rupanya rombongan dari pihak lelaki tu. Sesudah gua berikan salam lalu bangunlah mereka meninggalkan gua menandakan majlis sudah abis. Sempat gua salaman dgn mereka. Gua dah boleh agak ape yg terjadi. Gua tenang.

Gua salam dgn ayahnya dan duduk disofa smbil memerhatikan suasana sekeliling. Gua lihat dia bersalaman dgn ibu lelaki itu sambil mengangguk anguk menerima. Gua bayangkan indahnya jika itu ibu gua. Allahuakhbar, lalu gua suarakan niat gua dtg hari ni. Gua dtg utk kata putus, gua nak tau ape sbnrya yg berlaku. Bukan niat gua dtg utk buat huru hara utk sakitkan hati mana2 pihak. Ibu ayahnya faham.

Lalu gua mulakan bicara dgn bertanya per#ihal lelaki tersebut, kenapa boleh terima dia sedangkan tidak gua? Ape yg gua sakitkan hati dia sgt smpai smua ni berlaku? Gua lihat dia mnjawab dgn tenang dan penuh tutur bicara. Gua tanyakan smua soalan yg bemain di fikiran gua dan dari jwpannya gua tau yg dia betul2 terima laki tu dgn ikhlas.

Setelah semuanya jelas gua pon mulakan bicara ini. Bismillah, bicara ini kerana Allah. semenjak kita knal saya da pasang niat utk jadikan awk isteri saya. Saya ingin sentiasa berkongsi suka dan duka dgn awak, sentiasa mnjaga awak, sntiasa ada disisi awak, mnjaga makan minum awak, mngharungi liku2 hidup dan tua bersama awak. Setelah ape yg saya janjikan dulu utk jadikan awak isteri say#a dan bahagia ke akhir hayat. Harini saya dtg utk tunaikan janji2 saya. Saya dtg membawa sebentuk cincin. Jika awak setuju sarunglah cincin ini, jika tidak. Saya redha.

Gugup gua menunggu keputusan darinya. Ternyata jawapannya TIDAK, lalu gua redha. Gua tutup cincin tu dan simpan kembali dlm poket. Alhamdulillah, gua dah tunaikan janji gua dan gua dah dapat jawapannya. Tiada apa lagi yg gua mahukan, hanyalah kemaafan atas segala khilaf gua sepanjang perkenalan kami. Gua dan dia dah kosong2, tiada apa yg perlu didendamkan antara kami mahupun keluarga kerana kami masih lagi berkawan.

Akhir sekali, gua smpaikan pesanan g#ua yg terakhir agar dia sentiasa menjaga aurat, bekerja kerana Allah, jaga makan minum dan jgn lambatkan solat walaupun sibuk bekerja. Gua smpaikan pesan jua pada lelaki tu supaya menjaga dia dgn baik, cepat2 kahwin dan biarlah rezeki yg diperolehi tu berkat utk mereka nanti.

Akhir perbualan gua, gua salami mereka dan berlalu pergi dgn hati yg tenang.

Nukilan ini khas utk penjelasan sebenar kepada pembaca2 memandangkan pos gua telah mnjadi viral. Tujuanya supaya tiada yg tersalah sangka. Dalam hal ini tiada siapa pon yg salah. Hanya takdir Tuhan yg menentukan segala-galanya. Dialah sebaik-sebaik perancang dan jika jodoh gua dengannya Allah akan dekatkan kami tapi jika dia bukan jodoh gua Allah akan tenangkan jiwa gua dgn kete#ntuannya. Gua dah pon kosong2 dgn dia. gua tamaulah ada komen2 yg mnyakitkan hati dia, mngata dia perempuan sebegitu sebegini. Jujur dihati gua, dialah perempuan yg terbaik pernah gua jmpa, rugi rasanya gua ni. Tapi tak mngapa, mungkin tiada jodoh kami didunia, mungkin dia mnjadi permaisuri gua d syurga nanti.

Percayalah, Allah itu sebaik2 perancang. Dia tenteram kan hati gua dgn ketentuanNya. Dia tau isi hati dan jodoh gua. Kalau dia jodoh gua pon, perit sekali diuji ketemu jua kami nanti. Ingatlah, hanya Allah yg mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi. Dialah yg memiliki alam semesta ini, kita h#anyalah khalifah yg menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Amalkan niat melakukan sesuatu benda kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.

Allahuakhbar!

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

14 comments:

  1. Erm..xsangka ade lg laki camni..so far..xjumpe lg...means..xde jdoh lagii..

    ReplyDelete
  2. Nak gua buat lagu pasal kisah lu tak bro? Mcm menarik je. Konform top ten Carta thr gegar!

    ReplyDelete
  3. at least dia nk jgk b'kwn... T_T isk3..

    ReplyDelete
  4. Ermm,, trkesan jgk r gua bce cte bro. . .mtk² urusan gua nt d permudahkan. .AMIN. . .wlaupn slalu gduh atas sb remeh. .tp rasa sayang mngatasi sgala² nya. . .huhu

    ReplyDelete
  5. Wahai lelaki.. Nak bgtau awal2 ni..perempuan ni kalau dia makan hati, dia akan diam saja..sabar dgn prangai lelaki yg mcm xreti bhasa. Tapi kalau sampai dia meletop, keluar semua perasaan sakit ati dia kat korang, fahamilah, dia memang dah xnk kat korang. Lagi2 kalau after dia marah, korang buat selamba, nak suruh dia cool sendiri, minta maaf, mmg goodbye la jwbnye. Jangan ikut cara lelaki ni, dtg majlis orang dgn niat nk bpgg pd janji sbb dimata perempuan tu, korang akan dipandang sbg batu api yg cuba nak buat perempuan tu hancurkan hati orang lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ait .. awak mcam tau2 je perasaan perempuan yang diceritakan oleh bro ni..hurmmm..

      Delete
    2. ha , xpayah nk ego sangat kalau x de akal cik puan ya , fikir tu macam nk cakap laki ni semua x betul ,tanpa laki ni , cik puan x leh nk hidop doe ,

      Delete
  6. Huerghhh... apa pun aku respect lu bro.... gentleman.. x yah goyang dgn komen2 atas nie... mostly prmpn mmg nak bercinta ikut buku.. ikut novel... kita nie bercinta ikut kpala sndiri.... blajar sndiri... ikut cara sndiri.... apa2 pun slamat maju jaya... yang penting tu niat.... wassalam...

    ReplyDelete
  7. Cerita ini seolah-olah menggambarkan situasi yang saya alami, walaupun belum sampai ke tahap majlis bertunang tu. Secara peribadi, tiada siapa yang salah dengan mutlak dalam cerita ini. Si lelaki ada sebabnya, si perempuan ada sebabnya, dan takdir Allah itu pun ada sebabnya.

    Saya kagum kerana si lelaki masih lagi kuat dan akur pada takdir, dan kepada si perempuan, anda telah membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda. Ada pepatah menyebutkan tidak semua cinta itu akan berakhir dengan ikatan, dan jika itu berlaku, jangan disalahkan sesiapa tetapi berdoalah untuk kebahagian (bekas) pasangan. Bukan semua perkara itu kita boleh 'control'.

    Bila bercakap soal cinta, saya bukanlah pakar kerana saya baru sekali bercinta dan tidak berjaya. Saya tidak sebut 'gagal' kerana dalam situasi saya, mungkin (bekas) pasangan saya itu perlu membuat keputusan yang beliau rasa terbaik, dan saya sendiri pada waktu yang berkenaan, gagal membaca naluri dan maksud tindakan perempuan itu.

    Seperti yang disebutkan oleh saudari Cik Eni dalam komen di atas, perempuan ini adalah makhluk emosi, dia diam bukan seperti diam lelaki. Lelaki sifatnya kalau tak puas hati, dia akan sebut (secara langsung atau halus) tetapi perempuan ini unik. Saya gagal membaca emosi perempuan ini dan itulah sebabnya saya tidak berjaya dalam cinta. Teknikalnya, tiada deklarasi rasmi yang kami tamat hubungan tetapi berdasarkan tindakan beliau, saya faham beliau mahu dilepaskan.

    Saya boleh beri alasan yang saya adalah 1st timer bercinta tetapi pada saya, elok kita belajar sifat dan naluri perempuan ini sebelum kita mula bercinta. Seperkara lagi nasihat saya kepada lelaki, jika anda berjaya memiliki hati seorang wanita, elok disegerakan usaha untuk mengikatnya dengan pertunangan. Tidak mengapa jika belum mampu untuk berkahwin kerana itu boleh diusahakan, tetapi yang penting adalah 'ikatan' tersebut kerana perempuan amat sensitif dengan hal ikatan.

    Pertunangan itu adalah tanda komitmen dan jika anda bercinta tanpa sebarang niat untuk 'mengikat', itu akan meresahkan perempuan hari demi hari dan jika perempuan itu jenis berani, beliau tidak teragak-agak untuk tinggalkan anda. Jika situasi menghalang anda untuk mengikat, jangan bercinta atau berterus-teranglah dengan pasangan anda. Jika dia faham, pasangan anda adalah yang terbaik dan jagalah dia. Jika dia memaksa anda, terpulanglah pada penilaian anda.

    Saya secara teorinya kini 'single', dan ada rasa kesal dengan apa yang berlaku, tetapi daripada satu sudut, saya rasa bersyukur kerana situasi-situasi yang berlaku memberi saya kesedaran untuk lebih mengenali emosi, sifat dan cara pemikiran perempuan. Hidup adalah satu pelajaran dan perlu diteruskan. Andai ditakdirkan dia jodoh saya dan kembali, saya terima. Jika sebaliknya, itulah takdir yang terbaik untuk saya dan dia dan bersama-sama kita doakan kebahagiaan.

    AUDI FALIQ IBRAHIM

    ReplyDelete
  8. Situasi aku lebih kurang arr... Masa strating elok je...
    Tp silap aku x pndi control, glojoh sgt nk ajak kawen... Pasal aku tk tenang slagi xda ikatan sah, walhal perempuan masih nk sendiri dulu, xplore dunia, maklumla baru kerje. Tuptup, dia rupanya dh byk kali sentap dengan aku, so di tawar hati n kata x mampu nk sukakan aku, redha je la... Smpi skrg aku xleh lupakan dia lg, try brkrnalan dengan org lain, tp smpi satu masa, aku akan rasa nk tgu dia lg, n prkenalan yg baru tu trputus. Aku doa klu dia jodoh aku, biarlah aku dpt brsbr hidup sendiri smpi masanya, tp klu bukan jodoh aku, biarlah aku dpt lupakan dia, n bahagia dgn org baru yg aku dpt jumpa tp blum jumpa2 lh.

    ReplyDelete
  9. kesilapan dia sbb ego..dan tlalu selesa..bila dh kena tinggal bru sibuk nk crossline..rmai lagi cmtu..ex dh nk kawen bru sibuk thegeh2..

    ReplyDelete
  10. Aku pun mengalami kisah yg hampir sama. Kesalahan aku pun sama, gagal membaca emosi wanita. Sekarang aku single. Walau sudah bertahun berlalu, doa aku sentiasa bersama dia.

    ReplyDelete
  11. Kita sama bro... cuma aku xdalah terjah pinangan org.. trjah ex yg dh jd awek org.. tp i feel u... redha...

    ReplyDelete
  12. Halo,
    Adakah anda sedang mencari pinjaman pelaburan dan swasta? Cari tidak lebih lagi kerana anda berada di tempat yang betul untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! AVANT FINANCE LIMITED memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%, sila hubungi kami melalui e-mel melalui:

    avantloanson@gmail.com

    WhatsApp: +15188558774

    WEBSITE: www.avantloanson.com/en

    ReplyDelete