Al kisahnya, saya ketinggalan bas yang terakhir kerana pulang lewat dari tempat kerja, ada tugasan luar. Mujurlah ada sat#u teksi yang melintas pada ketika itu.
Untuk pengetahuan, di Kuantan, perkhidmatan teksi selepas jam 12 malam adalah amat sukar didapati. Jika ada pun, tam#bangnya naik 50% dari harga asal. Tambahan pula, teksi di sini tidak menggunakan meter.
Apa yang menghairankan saya, pakcik teksi ini hanya mengambil bayaran untuk tambang sebanyak RM12.00. Kalau pemand#u teksi yang lain, untuk ke destinasi yang sama tambangnya hampir RM25.00 di waktu seperti ini.
Bila ditanya, ini jawapan pakcik itu;
"Hak pakcik untuk petrol dan upah pakcik lebih dari cukup berbanding tambang yang pakcik ambil untuk hantar anak.
"Biar kurang seringgit, asal jangan lebih dosa," katanya.
Allahu Rabbi, sebak rasanya dada ini. Padahal belum tentu dalam perjalanan pulang, pakcik tadi akan dapat penumpang. Namu#n, sifat qanaahnya begitu tinggi meskipun dia sendiri tidaklah begitu senang.
Tidak seperti sesetengah dari kita, 'makin besar periuk, makin besar keraknya.'
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment