yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 14 March 2015

Kisah sayu pengorbanan bapa menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi



Saya sering ternampak individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Bapa juga sama seperti saya menghan#tar anak saban pagi ke sekolah.

Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.

Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beli#au akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya.




Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.

Selepas anaknya hilang dari p#andangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...

Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...

Perhatikan manusia. Mereka mung#kin jadi guru kita tanpa sedar...






PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment