yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 6 March 2015

Kisah Sayu Engineer Bergaji RM 20000 Sebulan Disontot Oleh ASB Loan



Ada seorang hamba Allah ni yang bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak datang berjumpa saya semalam untuk sesi 1-on-1. Pendapatan beliau RM20k sebulan, komi#tmen tak tinggi dan baru-baru ini beliau nak buat loan pembelian hartanah baru yang harganya cuma RM100k.

Beliau dapat kejutan kerana permohonan loan rumah baru itu ditolak. Beliau rasa hairan sebab CCRIS cantik dan pendapatan pun memang okay.

Bila saya tengok CCRIS rep#ort hamba Allah ni, saya dapati beliau ada ASB loan RM200k. Lepas kira-kira, baru beliau faham kenapa walaupun gaji beliau tinggi, nak pinjam RM100k untuk beli rumah pun susah sebab ASB loan.



Terkedu sebentar beliau selepas mendengar penjelasan saya sebab dia cakap, ejen jualan ASB loan ni caka#p ASB loan takkan kacau CCRIS beliau. Apapun saya berikan beliau cara untuk melepaskan diri dari masalah ini dan tunjukkan cara bagaimana dia boleh bina portfolio bernilai RM6 juta dengan pendapatan saraan RM28,000 sebulan. Bukan susah kalau tahu cara nak buat.

Sebab inilah saya memang tidak galakkan orang yang nak bergiat aktif dalam membina portfolio hartanah mengambil ASB loan awal-awal. So saya minta kawan kawan berhati hati bila nak b#uat ASB loan terutamanya mereka yang nak beli hartanah dalam masa terdekat.




ASB loan kalau anda tengok dalam laporan CCRIS anda, ia akan dilabelkan sebagai personal loan. Kalau anda ambil loan ASB RM200k, akan ada beberapa bank (bukan semua bank) yang a#kan kira minimum komitmen bulanan anda 5% dari total loan exposure, seperti berikut :

Monthly repayment : RM200,000 loan x 5% : RM10,000.

So kalau komitment bulanan dari ASB loan dikira sebagai RM10,000 seperti kes di atas, memang susah la kalau nak ambil loan rumah baru.

Saya juga nak jelaskan yang s#aya bukannya anti ASB loan. Menyimpan tu sangat bagus. Tetapi, kalau anda nak melabur dalam hartanah dan nak buat pinjaman bank, kena faham apa implikasi ASB loan kepada anda. Ada beberapa cara yang anda boleh pakai untuk melabur secara selamat dalam hartanah walaupun mahu atau sudah ada ASB loan.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

3 comments:

  1. Bank takan ambil 5% sebagai commitment. Hanya bawa letter offer kita kita kira as per yang u bayar. That's all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Setuju jugak. Sebab saya pun ada pengalaman nak amik loan rumah. Saya ada 150k loan ASB dan gaji hanya 3k+. Boleh lepas loan rumah InsyaAllah almost rm200k masa kita 2 dgn pegawai bank.

      Sepatutnya saudara Kat atas ni kene cuba bank2 lain jugak. Bank sama cawangan lain pun blh. Mana lah tahu silap agent.

      Delete