Kisah Pakcik 2 Ringgit Dan Pelajar Gagal SPM

on Wednesday, 4 March 2015



Result telah berada dalam tanganku. Kecewa. SPM hancus. Lebur.

Aku tak hiraukan raka#n-rakan lain, start motor balik rumah. Perasaan dalam dada bercampur baur. Antara sedih, kecewa, marah, rasa terhina, rasa rendah diri, rasa meluat dengan yang dapat tinggi, rasa cemburu dengan yang dapat pujian.

Hati sakit.

Terbayangkan reaksi mak dan ayah di rumah. Ah. Tak jadi baliklah. Balik pun hanya akan dimarahi. Hanya dileteri. Bingit telinga semata.

Ke tasik berdekatan. Sangk#a aku, tak ada orang di situ. Park motor tepi tasik. Duduk tepi tasik. Sambil campak batu-batu kecil biar melantun di permukaan air tasik.

Sedang aku duduk melayan pera#aan, sapa seseorang dari belakang. Aku menoleh. Seorang pakcik tua. Peminta sedekah. Dengan baju kotor, berbau hapak busuk. Aku tak ada mood nak layan.

“Dik, ada 2 ringgit tak?”

Aku diam. Sekali lagi dia cuba meminta. Kali ini aku berang.

“La, aku tak ada duitlah! Ko tak nampak ke aku tengah takde mood ni! Dahlah result SPM aku macam bangang, nak layan kau pula!”

Pakcik tua itu jadi mangsa keadaan. Ma#rahku tidak terkawal. Tapi, dia tak beralih. Duduk pula di sebelahku.

“Tak ada duit, tak mengapa, dik.”




Aku diam. Aku sajalah yang beralih. Getus hati ini. Jelik dengan orang tua ni. Bangun, duduk atas motor. Ready nak blah.

“Dulu, pakcik pelajar cemerlang. Antara yang terbaik SPM di sekolah.”

Aku mematikan langkahku. Tidak jadi pergi.

“Pakcik bangga dengan keputusan pakcik. Pakcik dapat masuk universiti yang pakcik mahu. Berjaya hinggalah habis unive#rsiti. Dapat kerja yang baik. Dapat nikah dengan orang pakcik nak.”
Aku diam lagi.

“Tapi, kau tahu apa jadi lepas tu? Allah tarik semuanya. Suatu hari, berlaku kemalangan. Pakcik koma dua bulan. Anak pakcik meninggal. Bila pakcik sedar, isteri pakcik salahkan pakcik. Salahkan pakcik yang bawa la#ju kereta. Tak dapat terima kenyataan. Tak lama, isteri pergi tinggalkan pakcik. Kami berpisah. Pakcik tak keruan. Hilang pedoman. Kerja pakcik terjejas. Pergi kerja, tak pergi kerja. Akhirnya, pakcik kena buang kerja. Dah 10 tahun berlalu. Inilah pakcik sekarang.”

Aku berkerut kening. Seraya bertanya.

“Kenapa tak kerja balik? Bukan tak boleh apply kerja lain.”

Pakcik itu senyum kambing.

“Kerja. Sudah cukup pakcik kerja untuk manusia.

Sekarang, pakcik nak kerja untuk Tuhan.

Kau tahu, oleh kerana terlalu selesa h#idup ini terlalu lancar, Allah berikan segalanya yang diingini dulu, pakcik tidak ikatkan diri dengan Allah. Pakcik tak kenal erti syukur. Pakcik cuma tahu, semua yang pakcik miliki adalah atas usaha keras pakcik sendiri. Pakcik deserves kejayaan sebab pakcik berikan yang terbaik untuk dapatkannya.

Tapi, pakcik lupa.

Lupa kejayaan itu bukan segalanya. Allah adalah segalanya. Allah berikan kejayaan bukan untuk Dia kau lupakan. Tapi, agar sem#akin Dia kau kenali. Kau makin cari Dia. Kau makin sujud menyembah-Nya. Kau semakin sedar kau tak punya apa-apa. Semua Dia pinjamkan saja.

Tapi pakcik. Dulu, pakcik tak cari Dia. Makin berkerjaya, makin sibuk. Masjid cuma solat Jumaat saja. Balik kerja, penat. Mana mungkin nak bangun solat malam? Pakcik cuma fikir, nak tambah saiz rumah. Nak penuhi keh#endak anak dan isteri tersayang. Mana ada nak sedekah? Duit memang berkira.

Kehendak Allah? Pakcik abaikan.”

Aku diam.

“Tapi, aku gagal. Bukan berjaya macam pakcik.”

Pakcik tersenyum.

“Gagal itulah yang buat kau jadi manu#sia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah, tidak bersifat langit. Kau tahu erti berada di pandangan orang hina. Kau rasa derita. Kau tak buta dengan kejayaan sementara dunia.

Kau sendiri tahu punca kegagalan. Bukan sebab kau bodoh. Tapi, kau sendiri sama macam pakcik dulu. Tak ingat Tuhan.

Kalau kau ingat Allah, kau tak akan malas. Kau tak akan sanggup guris luka hati ibu bapa yang berharap.

Kau tahu tak, walaupun kau tak nampak d#engan mata kepala kau sendiri, mak kau sebenarnya menitiskan air mata dalam diam kerana kau?

Gagal kerana tidak berusaha amat besar bezanya dengan gagal setelah berusaha.

Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih. Gagal berusaha ketika di dunia. Berusaha untuk jadi orang yang beriman.”

Aku terkedu. Teringat mak ayah di rumah. Rasa bersalah menggamit hati.

“Kenapa pakcik jadi pengemis?”

Pakcik senyum.

“Aku dah pernah berjaya depan manu#sia. Sekarang, aku nak berjaya depan Tuhan pula. Jalan hidup kita berbeza.

Dik, jangan sampai kau kehilangan segala-galanya seperti pakcik.

Lebih penting, jangan sampai kau kehilangan perhatian Allah. Tidak Allah hiraukan lagi. Ada sebabnya Dia uji.

Pasti ada.”

Aku sebak. Tak semena aku meluru mendakap pakcik tua itu. Busuk pun busuklah. Air mata menitis jua. Minta maaf dengannya. Ak#u keluarkan semua duit dalam wallet, berikan pada pakcik. Pakcik senyum. Kembalikan semua duit aku.

“Pakcik cuma nak dua ringgit.”

Dia senyum dan berlalu.

Aku hidupkan motor. Berlalu dari situ. Aku nak balik minta maaf. Aku nak mulakan hidup baru. Gagal di SPM. STPM masih ada.

Gagal terbesar dalam hidup adalah ga#gal berusaha. Gagal di dunia adalah gagal serahkan jiwa dan raga sepenuhnya pada Dia.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved