yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 17 March 2015

“Jangan Jadikan Diri Anda Ejen Fitnah Agama!” Amaran Lelaki Ini Buat Kami Tersentak Dan Setuju

Nota Editor : Perkongsian ini asalnya di paparkan di fb wall Raja Kamil, seorang usahawan internet sepenuh masa dan juga pemilik laman web RajaKamil.biz. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis# asal. Harapan kami agar perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda.



Orang Islam kena tunjuk contoh yang baik.

Apabila waktu lunch hour, bersegera makan dan solat. Jangan solat luar waktu lunch hour (melainkan waktu solat berada luar w#aktu lunch hour).

Selepas solat, cepat-cepat masuk ke pejabat/kelas. Antara korbankan waktu makan dan waktu solat, lebih baik korbankan waktu makan. Jangan jadi fitnah kepada agama.

Ada sesetengah kawan non-muslim saya, salah faham dengan agama Islam. Katanya “You punya agama, jadikan orang tidak pr#oduktif”

Saya tanya “kenapa?”. Lalu dia cerita, bagaimana di company ayah dia, pekerja Islam, selalu masuk kerja lambat dengan alasan solat. Kemudian, bila petang, keluar awal, dengan alasan solat




Ada sesetengah pekerja, selepas punch card, keluar ofis, dengan alasan solat. Katanya lagi “Ayah saya menghormati agama Isla#m dan membenarkan mereka solat”

Sambungnya lagi, “Tapi, saya sebagai anak, rasa ayah saya ditipu oleh pekerja Islam. Gaji dibayar untuk kerja 9 pagi ke 5 petang, tapi waktu kerja, hanya beberapa jam sahaja”

Kepada pembawa fitnah buat agama, muhasabahlah diri. JANGAN MENCURI, JANGAN MENCURI, JANGAN MENCURI masa m#ajikan anda! Tidak kira majikan anda seorang muslim mahupun non-muslim.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment