yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 14 February 2015

USAH SEBARKAN KISAH-KISAH YANG DIREKA MENGENAI ALLAHYARHAM NIK AZIZ


Gambar yang mendakwa Kalimah Allah menjelma di langit di kala Solat Jenazah Allahyarham Nik Aziz dilakuka#n.

Jenazah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz telah selamat dikebumikan. Ramai yang sedih dengan pemergiannya. Dapat kita lihat di laman sosial di mana ramai umat Islam yang hadir ke hari pengebumian Allahyarham.

Bagaimanapun, timbul beberapa dak#waan liar yang mendakwa banjir besar yang berlaku di pantai timur baru-baru ini sebagai tanda menyucikan tanah untuk menerima jasad tok guru.

Ada segelintir juga mendakwa awan mengiringi jenazah tok guru ke tanah perkuburan.

Ahmad Iqram Mohd Noor, tampil mem#uat naik kenyataannya di Facebook yang menegur tindakan sesetengah pihak yang fanatik sehingga mereka-reka cerita yang tidak bertanggungjawab.

"Antara perkara yang menjadi kebimbangan tok guru adalah adanya golongan yang taksub dengan beliau.




"Pernah tok guru mengangkat tongkatnya #untuk memukul mereka yang berkerumun beliau saat turun dari masjid dan mahu menampar orang yang mahu mengucupnya.

"Tok guru berbuat demikian kerana beliau tidak benarkan orang fanatik dan taksub dengannya. Tok guru sangat mementingkan soal akidah," katanya.

"Terkini, wujudnya kenyataan yang mengaitkan banjir besar baru-baru ini sebagai menyucikan tanah untuk menerima j#asad tok guru. Inilah perkara yang sering beliau tegaskan. Kenapa orang melayu masih lagi berperangai impikan keramat dan sering mengaitkan seseorang dengan alam? Begitu kolot sekali pemikiran ini.

"Tidak mustahil nanti akan terwujudnya kisah-kisah ajaib atau keramah yang akan direka oleh sesetengah orang yang bertanggungjawab. Berhati-hatilah," ujarnya.



Tidak pasti sama ada benar ataupun sebalik#nya mengenai dakwaan yang Allahyarham Nik Aziz pernah mengangkat tongkatnya untuk menghalang orang yang ingin mengucupnya.

Apa-apa pun, usahlah mereka cerita yang bukan-bukan. Lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Nik Aziz.


Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment