yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 27 February 2015

Pengasas Qu Puteh Kongsi Kisah Sayu 2 Anak Terkorban Dalam Kebakaran



Jika semalam, Dato Aliff Syukri berkongsi kisah semasa zaman kesusahannya dahulu, hari ini, Dato Seri Vida pula men#gimbas semula insiden menyayat hati pada 2013 apabila 2 orang cahaya matanya terkorban dalam kebakaran di rumahnya di Ipoh.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang boleh melupakan kisah tragis itu. Selami luahan perasaan dan kisah benar di sebalik tragedi tersebut yang dikongsikan oleh Dato Se#ri Vida di laman Instagramnya.

Dato Seri Vida Terima Panggilan Mengejutkan 



Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu mas#ih terngiang-ngiang di telinga:





“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!” “Rumah yang mana?” Tanya saya.

“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley D#ato’ meletup.” Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

“Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!” Maha Besar Allah!

2 Anak & 1 Pekerja Terkorban 



Rumah teres dua tingkat itu terle#tak di Taman Meru, saya sediakan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty. Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.

Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati s#aya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.

Bagai Terima Petanda Awal 



Dan hati saya berseru, inilah rupa-rup#anya geruh yang mahu terjadi setelah 36 hari saya menjadi manusia yang tidak keruan, hati merusuh dan asap… ya, asap di Mekah!

Ternyata inilah jawapannya untuk peristiwa kepulan asap bermata yang saya lihat di Mekah. Inilah rupa-rupanya berita sedih yang Tuh#an ingin berikan kepada saya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment