yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 26 February 2015

LELAKI TAK SOLAT JUMAAT, WANITA DEDAH AURAT AKAN DIDENDA



KUALA TERENGGANU - Langkah Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengambil tindakan terhadap umat Islam yang tidak berkelakuan senonoh dan berpakaian sop#an di tempat awam mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Adbul Rahman berkata, perkara itu termaktub dalam Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Langkah yang diambil oleh MAIDAM itu adalah bertujuan mendidik masyarakat terutamanya golonga#n belia beragama Islam agar sentiasa menjaga akhlak dan aurat mereka ketika berada di tempat awam.

Menteri Besar juga meminta MAIDAM memperkemaskan lagi undang-undang sedia ada termasuk larangan kepada umat Islam lelaki berada di tempat awam ketika solat Jumaat.




Mereka yang didapati melangga#r peraturan itu akan dipanggil menghadiri sesi kaunseling. Jika didapati masih melakukan kesalahan yang sama, tindakan undang-undang atau denda akan dikenakan.

19 Februari yang lalu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan dan didenda oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana berpakaian tidak sopan ketika berada di tempat awam.

Berkuatkuasa serta merta, bagi kes#alahan tidak memakai tudung akan dikenakan denda sebanyak RM80.00. Berpakaian ketat pula akan didenda RM120.00.

Bagi penunggang motosikal (lelaki) yang membawa pembonceng perempuan pula juga akan dikenakan denda, RM80 untuk lelaki & RM100 untuk perempuan.

Tindakan JHEAT ini mendapat sokongan dar#i orang ramai yang turut menyarankan agar tindakan JHEAT ini dicontohi oleh negeri-negeri yang lain bagi umat Islam khususnya golongan belia yang semakin rosak akhlaknya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment