yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 24 January 2015

Sains: Hujan lebat punca air keladak



KUALA PILAH – Punca masalah air keruh serta berkeladak di Gugusan Talang telah dikenal pasti oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berpunca daripada hujan lebat yang berpanjangan pada Disember lalu.

Maklum balas ini dinyatakan selepas Sinar Harian menyiarkan aduan berkenaan masalah kualiti air di kampung berkenaan semalam.

Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Awam, Norzita Ismail, berkata, setelah melaksanakan siasatan terperinci, pihaknya mendapati air keruh dan berkeladak kerana hujan lebat sekali gus mengakibatkan kualiti sumber bekalan air daripada Empangan Talang terjejas.

“Kualiti air itu terjejas kerana mengandungi kandungan kimia yang lebih tinggi daripada biasa dan menyumbang kepada masalah air keruh.





“Sains telah mengenal pasti dan melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Menurut beliau, bagi tindakan jangka masa pendek, Sains telah melaksanakan kerja-kerja pencucian (scouring) bagi mengurangkan kekeruhan di samping memantau proses rawatan air.

“Kerja-kerja pencucian diharapkan dapat mengurangkan kadar keruhan air berkenaan. Manakala bagi tindakan jangka masa panjang.

“Sains telah menaikkan kapasiti pam di loji rawatan air Kuala Pilah serta memanjangkan agihan air daripada loji rawatan air Ulu Bendul kepada kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.

Untuk makluman, katanya, bekalan air kepada penduduk telah kembali pulih seperti sedia kala dan Sains amat menggalakkan agar penduduk yang mempunyai masalah bekalan air untuk terus menghubungi kami di talian 1-800-88-6982 agar bantuan segera dapat diberikan.

“Bagaimanapun, Sains sekali lagi memohon maaf  kerana kualiti air kurang memuaskan,” katanya sentiasa meningkatkan perkhidmatan terbaik demi pelanggan Sains.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment