Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.
“Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar (dari bilik tidur) apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah.
“Mereka kemudian bertindak keluar dari rumah apabila melihat pintu depan rumah mereka dijilat api dan terkejut apabila empat tayar kereta Toyota Unser dan bonet belakang Proton Saga milik mereka yang diparkir di depan rumah turut dijilat api,” katanya di sini.
Beliau berkata bagaimanapun kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian oleh mangsa menggunakan air dari
“Polis tidak menolak kejadian ini berunsur dendam kerana pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui beberapa botol plastik yang mempunyai kesan minyak yang kita percaya digunakan dalam kejadian ini,” katanya.
Shukor berkata rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah jiran mangsa turut menunjukkan kelibat dua lelaki melakukan perbuatan itu.
“Kami masih melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek dan berkemungkinan kedua-dua mangsa adalah sasaran berdasarkan bidang kerja masing-masing dan suspek yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” kata Shukor.
KELMARIN, seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.
Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.
“Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri,” katanya.
Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.
Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.
“Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat,” katanya.
NAMPAKNYA semakin hari semakin ramai penjenayah yang mula mencabar pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka…mereka semakin liar dan kurang ajar.
Lihat saja video di bawah, polis dimaki dengan perkataan lucah dan sebagainya.
Sesuatu harus dilakukan agar semua pihak menghormati tugasan mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini!
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment