VIDEO: Kejadian Dramatik Tiang Lampu Tumbang, Tembus Cermin Pemandu Bas!

on Saturday, 6 April 2013


SEORANG pemandu bas yang berjaya mengelakkan 26 orang penumpangnya maut dalam satu kemalangan jalan raya di China kini diangkat sebagai ‘hero’ di negara tersebut.

Dalam kejadian itu, Mao Zhihao berjaya menghentikan bas yang dipandunya dalam kemalangan yang cukup menakutkan itu – apa tidaknya sebatang tiang lampu tumbang tiba-tiba menembusi cermin depan bas berkenaan!



Tiang lampu itu jatuh setelah dirempuh dua buah kereta dalam kemalangan sebelum itu.




Mao kini dirawat di hospital setelah dikatakan mengalami kecederaan teruk di bahagian limpa.


Apapun, tindakan pantas Mao melorongkan basnya ke tepi berjaya mengelakkan berlakunya kecederaan mahupun kematian penumpang bas berkenaan.

Memang patutlah dia diangkat sebagai hero!



Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved