yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 6 April 2013

Tok Mat komen PAS letak Aishah di Parlimen Jempol

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menjawab, “ini bukan isu sama ada pembangkang tidak mempunyai calon atau pergunakan calon dikalangan artis sama ada penyanyi atau pelakon.”

Beliau menjawab soalan wartawan meminta komen penyanyi Aishah (PAS) diletakkan sebagai calon Parlimen Jempol.



Sambung beliau, “itu terpulanglah kepada pucuk pimpinan mereka sama ada ianya releven atau tidak. Ini bukan isu releven atau tidak di pihak BN, ianya adalah hak mereka seperti mana kita
memilih calon kita bagi memastikan BN akan mengekalkan kemenangan sama ada di negeri dan di negara ini.”





Justeru, Barisan Nasional akan terus berusaha dan bekerja kuat untuk kemenangan di PRU13 kali ini seterusnya membentuk kerajaan yang utuh dan kuat.

Beliau menambah, “sekiranya lebih ramai calon artis diletakkan di mana-mana tempat, penyanyi atau pelakon, sama ada mereka mahu terus menyanyi dan terus mahu berlakon itu hak mereka dan itu kehendak parti mereka.

“Boleh jadi mereka suka menyanyi, mereka boleh teruskan menyanyi.” katanya lagi.

“Yang paling utama, parti BN menamakan calon yang berusaha dan mampu berkhidmat untuk rakyat.” ujar beliau selepas majlis penyerahan dan pengisytiharan Solat Jumaat Masjid Kariah Serting Tengah, tengahari tadi.

Sumber                                                  

Share:

2 comments:

  1. Pada den penyanyi ni ada ilmu belajar tinggi bukan mcm penyanyi atau pelawak yg ontah apa2 buat lawak bodoh.Den nak tanya montari2 yg dilantik tu cordik dan pandai buek kojo kea?Den yang sekali sekalo balik Pilah dan Seromban tu tengok ontah apa jea kemajuan kat tompat tu.Lebih kurang je mcm den kocik2 dulu. Tengok lah Juasseh tu apa yg ado?

    ReplyDelete
  2. botul tu noraini aisyah pun corodik orang eh lepasan U new zealand walaupun penyanyi bidang eh..

    ReplyDelete