yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday, 4 April 2013

Tembak imam naik minyak

Kuantan: “Saya lihat sendiri bagaimana pengganas digelar imam itu menetak tangan seorang anggota polis berkali-kali walaupun badannya ditembak bertalu-talu anggota keselamatan.

“Bot yang kami naiki juga menjadi sasaran peluru kumpulan pengganas sehingga kami tidak boleh menghampiri tempat kejadian untuk membantu rakan lain,” kata anggota polis marin, Koperal Kuan Gin Ching, 35, menceritakan pengalamannya ketika menyertai Op Daulat di Semporna, Sabah.



Menurutnya, dia bersama beberapa anggota dari Unit Gempur Marin (UNGERIN) ditugaskan untuk mengawal pesisir pantai dengan menaiki bot di Kampung Simunul, Semporna beberapa hari selepas insiden serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis.




Katanya, ketika membuat rondaan dia tiba-tiba mendengar bunyi tembakan dan mendapati pasukan polis sedang berbalas tembakan dengan beberapa pengganas, namun ketika pasukannya cuba menghampiri perkampungan air itu mereka turut dihujani peluru.

“Saya dapat melihat imam itu bagaikan dirasuk dan menetak tangan anggota polis menggunakan barong walaupun ketika itu dia ditembak bertalu-talu.

Sumber

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment