yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 4 April 2013

'Sembahyang Orang Umno Tak Dapat Pahala Kerana Tolak Dasar Islam' - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.



"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.




Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.

Sumber                                                  

Share:

11 comments:

  1. org PAS yg Islam kalo solat xpt pahala jgk, kalo dlm hati x ikhlas.

    ReplyDelete
  2. bodoh punye oghang tuo ni

    ReplyDelete
  3. ko sume kt atas nie yg bodoh percaya fitnah...
    ske2 kau jew ckp ulama bodoh,
    korg taw x dh beratus org cuba bunuh ulama nie tapi allah selamat kn sbb darjat nye sbg ulama bkn mcm korg sume nie PUKIMAK.

    ReplyDelete
  4. pelik, siapa dia utk tentukan pahala sembahyang seseorang. nama je tok guru. apa pon tak boleh. padahal dia sebenarnya tak sabar nak ramapas kuasa. kan terkeluar ayat jahat aku.

    ReplyDelete
  5. Astaga...mmg dah dh nyanyok nik aziz nie..spe ko nk tntukan solat org afdal ke x??sedangkn org bg cramah pn petik hadis dr nabi2 pon last skali msti diorg ckp wallahualam..

    ReplyDelete
  6. amal ibadat,pahala dosa semua ditentukan oleh Allah...nilah bahana politik di campur aduk dgn agama...hukum agama boleh ditentukan sendiri...x kisah lah ko parti apa pun..selagi org tu islam, tau mengucap kalimah syahadah,sembahyang cukup,puasa cukup,berzakat dan meninggalkan perkara2 yg mungkar..selagi buat kebaikan didunia ni..Allah sentiasa memberi ganjarannya...ni kita manusia pandai2 nk ckp pasal dosa dan pahala, murtad atau tdk sesorg itu..kita manusia x layak nk menentukan semua tu.

    ReplyDelete
  7. itu urusan die dgn Allah

    ReplyDelete
  8. nampak sangat yayang farhana dengan anonymous 4april 14:35 tak baca habis statement yg tgna buat tu ....baik baca semula betul-betul...
    dalam statement dia pon ada sentuh pasal orang PAS ..kalau orang pas tolak islam pon tentu tak dapat pahala..

    lain kali kalau nak buat statement sila baca yg orang keluar statement sampai habis jangan belum habis baca statement terus duk tibai orang tu je....jangan cepat melenting la ...guna akal sikit

    ReplyDelete
  9. Mu buat baik mcm mana pun,tp kalau tolak islam,x dpt apa2 jgak.
    Sma spt mu bgi mkan kpd smua ank yatim,tp mu x smyang,x dpt pahala jgak.

    ReplyDelete
  10. bodoh si macai ni...kalau org kata mung x tutup aurat dapat dosa mung nk kato gapo...nak menafikan apa lg mmg Allah murka..xkan dapat pahala kot..budus

    ReplyDelete