yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 12 April 2013

Rumah Penyanyi Aishah Dicerobohi, Atas Tujuan Khianat

IPOH: Rumah penyanyi Aishah, calon PAS bagi Parlimen Jempol yang terletak di Ampang, Selangor telah dicerobohi baru-baru ini dipercayai atas tujuan khianat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, ekoran kejadian itu pihaknya telah mengambil tindakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kediaman penyanyi itu termasuklah menyediakan beberapa orang pengiring bagi mengawasinya.



“Pihak kami terpaksa menyediakan beberapa orang pengiring daripada Unit Amal PAS untuk mengawal Aishah akibat insiden itu kerana ia melibatkan soal keselamatan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat bagaimana kejadian kediaman Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, itu dicerobohi.

Mengenai keadaan penyanyi lagu Janji Manismu itu, beliau berkata, Aishah berada dalam keadaan baik dan insiden itu tidak menjejaskannya untuk berkempen menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)

"Saya baru berjumpa dengannya semalam (Khamis) dan beliau nampak yakin... cuma beliau bimbangkan keselamatan anak-anaknya.

"Saya yakin pihak polis dan anggota unit amal akan membantu," katanya.

Dalam pada itu, seorang penceramah dalam ucapannya di Bagan Serai, dekat sini malam Khamis, mendakwa rumah seorang calon PAS yang diumumkan bertanding di Negeri Sembilan telah dicerobohi apabila ada pihak yang berniat untuk memasang kamera pengintip.

Tanpa menyebut nama calon dimaksudkan, penceramah berkenaan berkata pemilik kediaman mendapati terdapat kesan, dipercayai percubaan memasang kamera secara tersembunyi di bahagian bumbung bilik air rumahnya.






Bagaimanapun percubaan itu tidak berjaya kerana hujan lebat pada hari kejadian.

Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Aishah berhubung perkara itu tidak berhasil apabila panggilan telefon tidak dijawab.

mStar Online dimaklumkan, Aishah ketika ini berada di Kelantan untuk menyertai siri kempen bersama PAS.

Beliau dikatakan masih tidak membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana terlalu sibuk sebagai calon dalam PRU-13 ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

1 comment:

  1. Apo ni ... ipoh! Tapi citer kat jempol? Boar betul

    ReplyDelete