yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 10 April 2013

Najib: Calon BN Diumum Beberapa Hari Lagi


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai nama calon dan pembahagian kerusi komponen perikaparti itu dalam beberapa hari lagi.

Jelasnya, BN masih membincangkan perkara itu susulan menerima banyak permintaan sama ada daripada parti komponen dan sayap parti.



Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Umno berkata, proses pembahagian kerusi dan mengenal pasti calon berwibawa dan boleh menang kini di peringkat terakhir sebelum diumumkan tidak lama lagi.

"Sayap Wanita Umno juga minta calon mereka dipertimbangkan, begitu juga Pemuda, kita akan tentukan dengan pertimbangan yang wajar.

"...belum selesaikan lagi (pemilihan)calon, akan umumkan beberapa hari lagi.




"...soal penerimaan rakyat sesetangah kawasan yang berpihak kepada kita juga perlu diberi pertimbangan," katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Bersama Pengerusi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment