Lima DUN dibubar setakat 5 petang ini

on Wednesday, 3 April 2013

KUALA LUMPUR: Lima negeri termasuk Negeri Sembilan sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sehingga jam 5 petang ini.

Tiga DUN yang dibubar secara rasmi sebaik pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah Perlis, Melaka, Perak dan Sabah.

Pembubaran DUN Perlis dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada jam 12.30 tengah hari, diikuti DUN Melaka apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN, kira-kira jam 1 tengah hari.



Menyusul petang ini ialah DUN Perak selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menandatangani watikah pengisytiharan pembubaran DUN, jam 2.30 petang dan DUN Sabah apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN, jam 3.45 petang.




Sebelum ini, pada 28 Mac lalu, DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik selepas tempoh lima tamat.

DUN Terengganu dijangka dibubar dalam tempoh terdekat selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin, lewat hari ini.

Sementara itu, pembubaran dua DUN yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah dan Pulau Pinang akan ditentukan esok selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masing-masing dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, esok.

DUN Selangor dan Kelantan juga dijangka dibubarkan esok.

Dua lagi negeri iaitu Johor dan Pahang belum dimaklumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

Sumber                                                  

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved