Bait-bait liriknya yang menunjukkan keindahan loghat orang ‘nogori’ kedengaran begitu ‘catchy’ untuk didengar.
Selain itu, banyak juga unsur-unsur nasihat buat anak muda yang diselitkan dalam lagu yang berdurasi selama 4 minit 20 saat itu.
Malah ramai juga yang memuji Waris dengan mengatakan suaranya seakan-akan penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat iaitu Wiz Khalifa yang terkenal dengan lagu Black And Yellow.
Sejak muzik video lagu itu dimuat naik sejak dua bulan lalu, jumlah tontonannya sudah mencecah hampir 660 ribu hits!
Nampaknya penggiat muzik tempatan semakin kreatif dalam menghasilkan lagu apabila mereka berani membuat perubahan dengan meletakkan dialek serta loghat-loghat negeri yang bersesuaian dengan sesebuah lagu itu.
Jom layan dulu video Waris ini ya!
Sumber
waghih....
ReplyDelete