Pelakon Nabila Huda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tanpa segan silu berpeluk dengan penyampai anugerah bagi kategori yang dimenanginya iaitu penyanyi Tomok dan Fizz Fairuz dalam majlis Anugerah Bintang Popular yang diadakan di Bukit Jalil, semalam.
Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil menyatakan itu adalah tindakan spontannya selepas dirinya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular sekaligus mengalahkan rakan artis seperti Fasha Sandha, Neelofa, Izara Aishah dan Siti Saleha.
Abil yang merupakan ibu kepada seorang anak itu menyatakan reaksi spontannya itu adalah sebagai satu pelukan sahabat dan tiada niat untuk menimbulkan sebarang kontroversi.
Bercakap kepada portal Gua, Abil menjelaskan, “sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sebenarnya peluk semua orang sebelum naik ke pentas. Itu aksi spontan saya.
Saya peluk Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat saya. Saya mengenali mereka sudah lama dan mereka tahu perjalanan kerjaya saya bagaimana. Kalau orang hendak mengata tindakan saya itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak kisah pun kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak nak hipokrit. Ini adalah diri saya”.
Dia yang kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Nas-T turut berkata kekasihnya itu berasa cukup gembira dan bangga dengan kemenangannya itu.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
kasik can..berangan Oscar..ahaks!!
ReplyDelete