Sumber berkata, selepas hampir lima jam menggali, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akhirnya berjaya mengeluarkan semua 15 mayat berulat termasuk satu mayat dipercayai pengganas wanita sebelum dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, difahamkan, kerja menggali ‘pusara’ pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari semalam diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.
Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.
” Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment