Pengerusinya, Anthony Loke berkata, pemilihan senarai calon akan selesai dalam masa dua atau tiga hari ini, dan sebaik sahaja dipersetujui, ia akan dihantar kepada pusat untuk membuat keputusan.
Menurutnya, DAP peringkat negeri hanya menyenarai pendekkan sahaja senarai calon, bagaimanapun keputusannya nanti akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi pusat.
“Saya akan menghantar senarai penuh kepada pusat pada Jumaat ini dan setelah semuanya selesai, kita akan membuat pengumumam mengenainya secara bersama dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan lain.
“Kemungkinan kita akan umum senarai calon sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sumber
0 comments:
Post a Comment