yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 5 April 2013

Dakwat Kekal Dibenar Syarak

KUALA LUMPUR: Dakwat kekal yang akan digunakan pada PRU-13 dibenarkan syarak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata dakwat itu yang mengandungi bahan ‘silver nitrate’ tidak mengandungi najis, tidak memudaratkan kesihatan dan tidak menghalang air sampai ke kulit selepas dicalit pada anggota.

Majlis membuat keputusan itu pada 8 Ogos 2007.



“Keputusan (fatwa) tetap sama seperti diputuskan sebelum ini. Ini dibuat selepas mendengar penjelasan Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dakwat kekal diuji itu dibenarkan syarak kerana tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadat,” katanya kepada BH, semalam.




Mesyuarat itu dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, wakil SPR, Jabatan Kimia dan mufti seluruh negara.

Penggunaan dakwat kekal adalah usaha SPR menambah baik pelaksanaan pilihan raya selepas dipersetujui Jawatankuasa Pemilih Parlimen Bagi Menambah Baik Proses Pilihan Raya.

Dakwat kekal ‘silver nitrate’ adalah berbeza seperti yang dicadangkan pada PRU-12. Dakwat dibeli bagi PRU-12 itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Ditanya perlu mesyuarat semula bagi menentukan hukum baru jika dakwat yang diguna pada PRU-13 tidak sama seperti diputuskan pada 2007, Abd Shukor berkata, Majlis Fatwa dimaklumkan bahawa SPR menggunakan dakwat kekal mengandungi bahan sama seperti sebelum ini.

Sumber
                        

Share:

0 comments:

Post a Comment